The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 adalah sambungan daripada episode yang sebelumnya di mana Bella telah selamat melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Renesmee. Di awal kehidupan Bella sebagai vampire, dia masih belum dapat mengawal keinginannya untuk meminum darah manusia. Kerana itulah dia tidak dibenarkan mendekati anaknya kerana anaknya adalah separuh vampire dan separuh manusia. Meskipun Edward telah berjaya mengajar Bella untuk mengawal nafsunya, tetapi demi langkah keselamatan, Ness akan dijaga oleh Jacob dan Rosalie.

Malangnya, kemunculan Ness telah mendatangkan kemarahan kepada Aro kerana mereka menyangka bahawa Ness adalah seorang anak abadi. Aro sangat takutkan kepada anak abadi kerana mengikut sejarah, anak abadi ini mampu untuk memusnahkan seluruh manusia dan juga vampire. Oleh kerana itu Aro telah mengambil langkah awal untuk membunuh Ness.

Persoalannya..adakah Aro berjaya membunuh Ness? Adakah mereka berjaya menghalang Aro daripada membunuh Ness? Apakah yg mereka lakukan untuk menyelamatkan Ness? Apakah strategi yang dirancang oleh Alice? Adakah mereka semua selamat? Apakah kesudahan cerita ini? jommmmm kita semua gi berperang kat wayang..hehe

akhir kata dari zis.."LOTS OF THE RED EYES AROUND HERE"

RATING: zis bagi 4.5 per 5 bintang laa cerita ni..perrgghhh cerita ni pasti akan membuatkan korang cakap wooOOoo..dan erkkkKK..sebab part lawan tu mmg best gilerrrrr..hehe

**Ingin mengetahui jawapan bagi soalan2 di atas? CLICK HERE FOR FULL REVIEW! PLEASE COMMENT THIS MOVIE!