Nak Beli Destop PC atau Labtop?
Sekiranya diberi pilihan sama ada destop PC atau labtop, secara jujur saya katakan bahawa saya akan memilih destop PC kerana performance PC adalah jauh lebih hebat berbanding labtop serta harga yang jauh lebih murah.Namun begitu ramai juga yang lebih suka bermain game menggunakan labtop. Mungkin disebabkan labtob mudah dibawa kemana saja, tidak memakan ruang yang besar dan tidak banyak kabel dan banyk lagi sebab lain.
Perbandingan Spec Destop PC V Labtop
Meskipun telah memiliki Macbook Pro ternyata saya lebih meminati PC kerana skrinnya yang luas, banyak game yang kita boleh main jadi bila bosan buat kerja kita boleh main game. Kalau nak buat perbandingan harga Macbook Pro saya adalah jauh lebih mahal berbanding PC yang saya gunakan tetapi ternyata PC yang saya gunakan adalah jauh lebih hebat.Dengan harga RM2000+ saya cukup berpuas hati dengan performance PC yang ada sekarang. Meskipun Macbook Pro berharga RM3699 tetapi dari segi gaming PC jauh meninggalkan Macbook kerana grafik card AMD RADEON HD 6450 pada PC yang saya pasang adalah terbaik berbanding grafik card intel pada Macbook Pro. Tak payah saya story panjang pun anda tahu macam mana kualit grafik card intel.
Spec PC Untuk Gaming
Kepada anda yang sedang mencari spec PC dalam harga seperti yang saya beli boleh rujuk screenshoot yang saya buat ini. Ini adalah spec PC yang saya gunakan sekarang. Anda boleh menggunakan maklumat dalam screenshoot ini sebagai tips untuk membeli PC gaming anda.
Game Apa Boleh Main Kalau Beli Spec Macam ni?
Sebenarnya banyak game dapat dimainkan dalam PC anda kalau anda merancang untuk membeli PC seperti spec yang saya beli ni. Semua game dapat dimainkan dalam kualiti tinggi (HD) antaranya adalah PES, Need For Speed, Dead Island, Call of Duty Modern Warfare 3, Kingdoms of Amalur Reckoning dan banyak lagi. Siap boleh 3D lagi.
Aksesori Tambahan Untuk Gaming
Untuk memantapkan lagi performance destop PC saya telah membeli Logitech Keyboard G105, Logitech Optical Gaming Mouse G400, Logitech Wireless Gamepad F710 Untuk Gaming. Aksesori ini boleh dibeli secara berperingkat bergantung kepada bajet kita. Tak payahlah nak beli sekaligus kalau rasa bajet tu diperlukan untuk kegunaan lain.
Tambah RAM
PC Acer Aspire M1930 yang saya beli ini didatangkan dengan ram sebanyak 4 gb. Kemudiannya saya telah menambah ram ini kepada 8 gb untuk memantapkan lagi performancenya.
Tukar Grafik Card Intel Kepada AMD Radeon HD 6450
Grafik Card asal pada PC ini adalah daripada intel. Namun kini saya tersenyum puas setelah menukar grafik card asal kepada AMD Radeon HD 6450.
KeseluruhanSaya berpuas hati dengan performance PC berbanding labtop kalau digunakan untuk gaming. Semoga maklumat ini berguna kepada anda yang berminat untuk membeli gaming PC dengan bajet berpatutan tetapi pada kualiti yang sangat memuaskan. Kalau nak tahu INI adalah PC idaman saya tapi bila agaknya boleh beli sebab harga mahal sangat.