Gambar Khairul Fahmi Che Mat atau Apex Kemalangan Jalan Raya. Menerusi akaun twitter Astro Awani, Apek disahkan kemalangan dan mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas. Menurut Sumber, kejadian malang tersebut berlaku di Kampung Badak, Bachok dekat sini, tengah malam semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Khairul Fahmi atau Apex cedera ringan di tangan kanan. Sehubungan itu, dia bakal terlepas peluang membantu Kelantan yang akan berdepan dengan Kedah dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia malam ini.