Kepada warga syok yang tinggal dikuantan dan mempunyai masalah kesihatan bolehlah berikhtiar dengan saya.Saya mengalu-alukan kedatangan anda.
owh3... begitu.. btw.. pm me details.. ijat89@yahoo.com kuantan ye.. slalu gak g sane jln2.. not to forget.. selamat hari raya kepada semua..
Pengalaman Hari ini secara kebetulan beraya dirumah sahabat isteri.Nak di jadikan cerita ada seorang kanak2 berumur 1 tahun 5 bulan.Melihat keadaan anak kecil itu macam luar biasa sikit,walau pun umurnya sudah setahun setengah tapi keadaannya macam bayi berumur 8 bulan.badannya kecil tapi kepalanya agak besar sedikit.Kemudian saya mendukung anak tersebut,alahai ringan sangat2,rasa2 adalah dalam 5 atau 6 kilo.Menurut penjaganya keadaan anak tersebut sihat setelah di periksa oleh pihak hospital kuantan.dan menurut penjaganya lagi,anak itu makannya kuat dan berselera tapi yang hairannya tubuhnya tidak membesar seperti kanak-kanak lain.Apa pun setelah saya mendukung anak tersebut saya sudah dapat merasakan sesuatu ada dalam diri anak tersebut.tapi nama dah pun beraya,bukan niat untuk merawat,namun atas sifat kemanusiaan dan keprihatinan saya telah merawat anak tersebut sambil lalu,saya hanya memegang kepala anak tersebut hasilnya saya dapat menarik makhluk halus yang bersarang dalam tubuh anak itu.Selepas benda itu di keluarkan,keluarnya peluh jantan yang agak banyak sehingga penjaganya sedikit terkejut dengan keadaan anak itu.Saya telah menyatakan bahawa keluarnya peluh itu tandanya keadaan anak itu akan beransur normal seperti kanak2 yang lain,insyaallah...mudah2an,Allah s.a.w itu maha penyayang lagi maha pengasih.Apapun saya beritahu kepada penjaganya supaya anak itu perlu dibuat pemagar supaya benda halus itu tidak masuk kembali kedalam tubuh anak kecil tersebut.Ini kerana saya tidak menakluk jin tersebut tapi hanya membawa keluar dan melepaskan begitu sahaja.harap penjaganya bertemu saya semula dalam 2 atau 3 hari ini.Ada lagi banyak cerita pengalaman saya merawati pesakit.kalau nak dengar cerita,saudara semua kenalah mengikuti thread saya ni.saya suka berkongsi pengalaman saya dengan anda semua.
Harap saudara semua dapat rate thread.rate saudara amat saya hargai...
Last edited by shamjinggo; 19-08-12 at 08:10 PM.
Saya dah hantar email pada awak,tak tahulah kalau ada masalah server,apa pun awak email saya dahulu shams374@yahoo.com.my,pasti saya akan reply.
Malam tadi selepas isyak,rasa bosan gak duduk rumah,maklum jelah nama dah Raya,Saya pun ajak anak isteri kerumah sahabat saya,kiranya xlah jauh sangat dari rumah saya.Nak dipendekkan cerita bila saya sampai rumah dia dan keluar jer dari kereta saya dapat merasakan sesuatu yang menyerang saya,walaupun hati saya dalam keadaan tidak tenang(sebab berlawan cara Batin),saya buat macam biasa.Dalam 15 minit bersembang dengan sahabat saya maka saya pun bertanya kepada sahabat saya.sebelum tu saya minta maaf dulu,manalah tahu kot2 sahabat saya tersinggung pula.Saya tanya kepadanya adakah rumah ini ada sesuatu yang tidak kena ke,maksud macam gangguan hantu gitu.Tak semena-mena,anak perempuannya yang berusia 27 menyampuk perbualan kami dia kata ADA!dalam bulan puasa ni macam gangguan terjadi,siang2 hari macam orang menukang,dengar macam orang berjalan nampak kelibat putih dan macam2 lagi.Kemudian barulah saya bercerita bahawa saya sudah dapat merasai gangguan tersebut dan saya dengan izin Allah s.a.w beberapa makhluk halus tersebut telah dapat saya tewaskan dan telah pergi untuk sementara waktu,tapi tak mustahil benda tu akan kembali semula,Sahabat saya tanya,jadi nak buat macamana.maka saya cadangkan supaya izinkan saya membuat pemagaran Ghaib supaya Jin kafir itu tidak dapat masuk dan menganggu penghuni rumah.Sahabat saya setuju dengan cadangan saya dan saya terus memagar rumah tersebut.Insyallah selepas ini tiada lagi nggangguan kerana saya sudah pagar dengan 21kali surah AlFatihah dan sekali surah 4 qul.Bila Jin Kafir itu degil cuba juga masuk dia akan terbakar dengan sendirinya,Kalau pencuri sekali pun tidak akan dapat keluar dari rumah tersebut sehinggalah tuan rumah menyedarkan dengan kalimah yang akan saya ajarkan,Orang lain atau jiran tidak dapat menyedarkan hanya tuan rumah sahaja.Maknanya kalau 3 hari tuan rumah tiada maka pencuri itu akan terperangkap 3 hari juga.Pencuri hanya nampak hutan yang dipenuhi pokok2 yang besar.Alhamdullillah itulah kehebatan Ilmu Allah s.a.w yang tidak ada Makhluk pun yang dapat menandingi kehebatannya.الله أَكْبَر