Menjelang 2013, model sport Audi R8 baharu bakal dilengkapi dengan beberapa ciri naik taraf terkini antaranya penggunaan transmisi sport ‘S tronic twin-clutch’ bersama-sama rekaan lampu LED baharu, termasuk naik taraf pelbagai kelengkapan untuk hampir semua varian. Ia juga ditambah dengan kehadiran versi lebih berkuasa V10 Coupe - 550PS V10 plus.


Transmisi S tronic tujuh kelajuan baharu sepenuhnya itu akan menggantikan transmisi R tronic, dan boleh didapati sebagai pilihan selain daripada kotak gear manual enam kelajuan.


Sepuluh varian baharu R8 2013 dalam bentuk Coupe dan Spyder didatangkan sama ada enjin 4.2 FSI V8, 5.2 FSI V10, 5.2 FSI (V10 plus), dengan kuasa bermula dari 430PS sehingga 550PS.


Ditawarkan pada harga bermula dari £91,575 sehingga £127,575 untuk pasaran United Kingdom, tempahan dijangka boleh dibuat mulai bulan Ogos, dengan penghantaran pertama kepada pelanggan pada awal 2013.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/stailo...8-2013-1.77162