Gambit Saifullah Seronok Main Poker
Gambit Saifullah yang sebelum ini dikenali sebagai pengarah video klip kontroversi tiba-tiba menghangatkan industri hiburan tanah air.
Kali ini dia telah mengeluarkan kenyataan dan beberapa keping foto menerusi laman sosial ‘twitter’nya yang menunjukkan keseronokan dia bermain ‘poker’.
“Wish me luck for my poker tournament people ”.
Awal Jun 2012 lalu Gambit telah terbang ke Sydney, Australia.
Penulis tidak pasti tujuan dia ke sana. Mungkin dia sedang melancong atau mencari tempat untuk melanjutkan pelajarannya.
Selain itu, Gambit turut menyatakan apabila beberapa orang yang bermain ‘poker’ bersamanya menganggapkan dia berasal dari Brazil.
Malah, dia juga mengakui yang dia handal bermain ‘poker’ apabila ada pengikut twitter yang bertanya.
sumber : http://mynewshub.my/2012/06/06/gambi...ok-main-poker/
Saifullah = pedang Allah SWT (bahasa Arab)
Gambit = watak X-Men yang mempunyai kuasa kinetik, boleh menjadikan apa-apa bahan sebagai bom dan menggunakan kad poker untuk menyerang