Gambar Albert Einstein di atas merupakan salah satu dari gambar yang menjadi perbualan hangat sehingga sekarang. Populariti gambar unik itu mengundang pelbagai anggapan mengenai tujuan sebenar Einstein menjelirkan lidahnya itu. Ramai orang beranggapan bahawa Einstein mengambil gambar sebegitu rupa kerana ingin menunjukkan kebijaksanaan beliau berbanding dengan oang lain. Tetapi, keadaan sebenarnya ialah berlainan sama sekali. Baca artikel dibawah untuk penerangan sebenar
Kenapa Einstein jelirkan lidah :-
Sebenarnya pada masa
itu, Albert Einstein dan Aydelotte baru saja pulang daripada acara
penghargaan kepada Einstein. Meskipun Einstein sudah duduk di kerusi
belakang kereta, masih terdapat para wartawan dan jurugambar yang
mengejar nya. Para wartawan ini berusaha untuk menahan Einstein, dan
Einstein berteriak
Tapi, faham-faham la
dasar wartawan, tetap nak mengajukan pertanyaan dan para juru gambar
tetap mengambil gambarnya bersama rakan-rakannya. Ketika wartawan
meminta supaya Einstein bersedia untuk mengabadikan foto ulang tahunnya,
dengan keadaan letih dan kesal, lalu Einstein pun menjelirkan lidahnya,
dengan nada mengejek. Pada masa itulah, Arthur Sasse sempat
mengabadikan foto Einstein tersebut.
Mengejutkan! Einstein
sendiri suka dengan foto tersebut. Dia memotong foto tersebut, sehingga
hanya nampak diri dia sendiri (tidak berserta Aydelotte dan isterinya).
Einstein pun memperbanyakkan foto tersebut dan dikirim kepada
rakan-rakannya yang lain.
p/s : Oo.. begitu rupenye... Ni sumber dari Wiki kalo nak bace lebeh ...