Results 1 to 9 of 9

Thread: Restoran McDonald's Pertama Di Malaysia

  1. #1
    Senior Member
    skizolicious's Avatar
    Join Date
    Jan 2012
    Posts
    1,459
    Post Thanks / Like

    Restoran McDonald's Pertama Di Malaysia



    Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.

    Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun.

    Selain Big Mac, restoran McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.

    Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 &9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

    Info tambahan:
    Menurut buku Rojak Fakta Malaysia (ZI Publications, 2011) sebuah lagi restoran makanan segera terkenal, Burger King, juga telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982, iaitu di Plaza OUG, Kuala Lumpur.

    Restoran makanan segera terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A &W di Batu Road, Kuala Lumpur pada 1961 diikuti oleh Kentucky Fried Chicken di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1973.

  2. Thanks heaven8846 thanked for this post
    Likes shir00c0chi19, heaven8846, fideldesu liked this post
  3. #2
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    KFC pula ? Sakae Sushi ?


  4. #3
    Junior Member japari's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    26
    Post Thanks / Like
    agak2 braper la harga bigmac masa tu

  5. #4
    Junior Member
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    7
    Post Thanks / Like
    Sejarah tu McD bukit bintang tu... Sehingge kini McD area situ tetap menjadi tumpuan... Tarbaiiikkk...!!

  6. #5
    Senior Member

    eijan's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    PeNaNG
    Posts
    803
    Post Thanks / Like
    big macc percuma doeeeeeeee... wew... sahih kerumun punya... wakakakakkaa


    -:- TurBo InSidE -:-
    -:- DoublE BlaDE FaN -:-

    <- Dengar Radio Syok.Org ->
    <- http://syok.caster.fm/->

  7. #6
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like
    oh... mc d ni... 3.146823,101.710932 dulu skater ramai la lepaking dpn tu...

  8. #7
    Senior Member

    shuffle_017's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Penang
    Posts
    5,186
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    3
    yg penting,diorang support yahudi..jom boikot!

  9. #8
    Senior Member

    my_hubby2002's Avatar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    W.P Putrajaya
    Posts
    2,325
    Post Thanks / Like
    hmmm kalau time tu 1 ringgit kita dapat beli banyak mana berbanding sekarang...kalau budget 10 hinggit lagi makan besar time tu he he he he

    Aramai Hiti Kawan Kawan!!!
    Pantang Mundur!!! kecuali... Cheaking Baini!!!

  10. #9
    Junior Member

    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    24
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •