Results 1 to 4 of 4

Thread: Terbukanya Empangan Yakjuj & Makjuj

  1. #1
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2

    Arrow Terbukanya Empangan Yakjuj & Makjuj



    Oleh: Syeikh Muhammad Zainul Asri Hj Ramli

    Dalam Kitab Bahrul Mazi Jilid ke-8, pengarangnya Syeikh Mohamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi menurunkan hadis berikut; daripada Zainab binti Jahash, beliau berkata:

    “Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bangun daripada tidur baginda dalam keadaan merah mukanya dan bgainda mengucapklan, ’tiada Tuhan selain Allah’ dan diulangi sebanyak tiga kali seraya bersabda: ‘Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.’ Dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata; aku berkata: ‘Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang-orang soleh?’ Jawab Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): ‘Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.’”


    Keterangan:


    1. Yakjuj dan Makjuj terdiri daripada kaum manusia juga, namun mereka sangat jahat. Dan sehingga kini tidak di ketahui hakikat tempat persembunyian mereka. Al-Quran menjelaskan kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam surah Al-Kahfi yang mempunyai perkaitan dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnain. Ulama menyatakan bahawa Raja Iskandar Zulkarnain itu seorang waliyullah.
    2. Kaum Yakjuj dan Makjuj ini tinggal di sebuah lembah antara dua gunung di kutub utara. Iskandar Zulkarnain pernah masuk ke tempat mereka dan di dapati bahawa mereka itu perlbagai rupa; ada yang besar dan bertelinga besar. Mereka terlalu ramai seperti banyaknya semut yang melata di muka bumi. Lalu beliau keluar dari tempat itu dan membina tembok yang di perbuat daripada tembaga dan besi serta batu-bata. Setiap hari kaum tersebut menggali tembok itu sehingga sebesar lubang maka mereka pulang dan datang semula keesokannya untuk membesarkan lubang itu namun lubang itu tertutup semula. Begitulah setiap hari sehinggalah Allah membiarkan lubang tersebut digali untuk membolehkan mereka keluar. Dengan penuh kerakusan, mereka memakan apa saja di muka bumi ini apabila meraka keluar.
    3. Bala Allah dan kebinasaan akan diturunkan kepada manusia meskipun terdapat orang-orang soleh di kalangan mereka. Orang-orang soleh itu nanti turut terkena bala tersebut. Ini adalah kerana kemaksiatan yang terlalu bermaharajalela membuatkan doa orang-orang soleh tidak lagi dimakbulkan oleh Allah.


    Sumber: Majalah Q&A, Bilangan 2
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  2. Thanks Aqem96, boyz39, skizolicious, local4321, MyraQiud thanked for this post
  3. #2
    Junior Member
    Join Date
    Jan 2010
    Posts
    14
    Post Thanks / Like
    Masya Allah...semoga umat kita disini dilindungi Allah S.W.T. Kuatkanlah iman kita. Semoga kita tidak terjerumus dalam lembah kebinasaan kaum-kaum ini.

  4. #3
    Senior Member
    Join Date
    Aug 2010
    Posts
    151
    Post Thanks / Like
    ALLAH sentiasa mendengar doa2 kita,jikalau kita mengikut perintah dan tunduk kepadaNya...InsyaALLAH...

  5. #4
    Senior Member
    skizolicious's Avatar
    Join Date
    Jan 2012
    Posts
    1,459
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •