Results 1 to 7 of 7

Thread: Kisah Nabi Samsons A.S

  1. #1
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2

    Post Kisah Nabi Samsons A.S

    Nabi Samson as tidak diceritakan langsung dalam al-Quran namun nama baginda pernah diriwayatkan di dalam kitab Qisasul Anbiya’(kisah para Nabi). Dalam kitab lama tersebut menceritakan bagaimana Rasulullah SAW tiba-tiba tersenyum sehingga mengundang rasa pelik para sahabat. Lalu seorang sahabat bertanya Rasulullah SAW ;
    “Mengapa anda tersenyum wahai nabi Allah?”

    Rasulullah SAW segera menjawab ;
    Aku diperlihatkan pada hari kiamat di Padang Masyhar, seorang nabi dengan membawa pedang yang tidak mempunyai pengikut walau seorang pun, kemudian masuk ke dalam syurga. Baginda adalah Samson.


    Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada menceritakan bahawa Rasulullah SAW berkumpul pada bulan suci Ramadan. Di dalam usrah itu Rasulullah SAW bercerita mengenai nabi Allah SWT bernama Samson as. Rasulullah SAW menggelarnya Sam’un Ghazi.

    Nabi Samson as dianugerahi Allah SWT dengan kekuatan luar biasa seperti berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan untuk mengangkat tiang istana dan merobohkannya.

    Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang engkar dengan perintah Allah SWT. Pada masa itu, Raja Israel sendiri adalah seorang yang engkar dengan perintah Allah dan zalim pula terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut mengundang rasa benci beliau terhadap raja tersebut sehingga menyebabkan beginda tidak henti-henti untuk memberi hidayah kepadanya walau dengan apa cara sekalipun.

    Sifat istiqamah Nabi Samson as mengundang padah padanya apabila beliau berjaya ditangkap setelah isterinya sendiri mengkhianatinya. Nabi Samson as pernah berkata kepada isterinya berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan rambutnya sendiri. Akhirnya Nabi Samson as ditangkap.

    Nabi Samson as telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang menentang kebatilan. Samson as berdoa kepada Allah SWT agar dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya dahulu. Allah SWT memakbulkan doa baginda.

    Nabi Samson as telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya semula dengan meruntuhkan seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.

    Selepas kejadian itu, Nabi Samson as kemudian bersumpah untuk beribadah selama 1000 bulan tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan malam lailatul qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.
    Last edited by MKay123; 28-07-12 at 04:28 PM.
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  2. Thanks boyz39, noxman, arham thanked for this post
    Likes boyz39, noxman, arham liked this post
  3. #2
    Junior Member
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    6
    Post Thanks / Like
    Tak silap kawan, cerita Samson and Delilah diilhamkan daripada kisah Nabi Samson ini la...

  4. #3
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Quote Originally Posted by deunicorn View Post
    Tak silap kawan, cerita Samson and Delilah diilhamkan daripada kisah Nabi Samson ini la...
    Tak tau la pulak.Kita cuba sekadar berkongsi sedikit ilmu utk kawan2..Hehe
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  5. Likes syahiran88 liked this post
  6. #4
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2011
    Location
    Malaysia
    Posts
    9
    Post Thanks / Like
    terima kasih..info berguna dan aku xpnh tahu slma ni tntang nabi ALLAH SAMSONS...

  7. #5
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Moga dpt memberi maanfaat di masa akan dtg.Insyaallah
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  8. #6
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2011
    Posts
    4
    Post Thanks / Like
    thanks for info...

  9. Thanks MKay123 thanked for this post
  10. #7
    Senior Member MirulKeem's Avatar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    Cheras, Kuala Lumpur
    Posts
    413
    Post Thanks / Like


Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •