Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 11

Thread: Bonus hari raya setengah bulan gaji

  1. #1
    Senior Member Tok Yellow's Avatar
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Perghlih
    Posts
    1,113
    Post Thanks / Like

    Bonus hari raya setengah bulan gaji

    Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

    Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.
    Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

    Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

    Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.

    Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
    Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

    Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

    Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

    SUMBER : Berita Harian

  2. #2
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    saye setuju, utk student xde ?


  3. #3
    Senior Member Tok Yellow's Avatar
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Perghlih
    Posts
    1,113
    Post Thanks / Like

    CUEPACS sambut baik bonus raya

    CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

    Kesatuan yang mewakili kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di negara ini, turut menyifatkan bonus itu sebagai hadiah Aidilfitri selain mampu mengurangkan beban kewangan mereka yang berpendapatan rendah.

    Manfaat bonus

    Presidennya, Datuk Omar Osman, menggesa kakitangan kerajaan yang bakal menikmati bonus itu supaya memanfaatkan imbuhan berkenaan dengan merancang perbelanjaan mereka.

    Pada masa sama, beliau juga berharap peniaga tidak mengambil kesempatan daripada pemberian imbuhan itu untuk menaikkan harga barangan lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

    Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mempertimbangkan permohonan CUEPACS berhubung bonus.

    Saya berharap ia akan mendorong kakitangan sektor awam mempertingkatkan kualiti kerja masing-masing seiring dengan hasrat kerajaan untuk memberikan khidmat terbaik, katanya kepada BH, semalam.
    Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa yakin pemberian bonus dapat menambah kemeriahan musim perayaan ini.

    Pengumuman tepat

    Pengumuman bonus itu adalah tepat pada masanya bagi kakitangan awam yang sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan bagi pihak warga penjawat awam, saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan, katanya menasihati penjawat awam supaya menggunakan bonus yang diterima secara berhemah.

    Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, berkata pemberian bayaran khas kewangan RM500 kepada pesara kerajaan turut membuktikan bahawa golongan berkenaan tidak dipinggirkan kerajaan.

  4. #4
    Senior Member Tok Yellow's Avatar
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Perghlih
    Posts
    1,113
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by fideldesu View Post
    saye setuju, utk student xde ?
    student kna bg baucer kueh raya...

  5. #5
    Senior Member

    k a y a m's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Surga Cinta
    Posts
    16,051
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    tiap thn mst camni, penjawat awam je yg dpt. dah tu rakyat lain camne? bkn rakyat malaysia ke? org kg yg x bekerja tu camne plak? takkan nk raya pkai duit kopek kelapa je.. dlm 2 or 3 thn ni, kite tgk hanya penjawat awam je yg dpt kelebihan. gaji naik sampai 13%. tak pernah lg aku dgr org kg dpt imbuhan sampai 1k++. come on la. duit kerajaan suppose to be duit rakyat, bkn semata mata utk penjawat awam.

    just my 2 cents


    when i was born, devil said.. " ohh shit! competition "
    you are not entitled to someone else’s body just because it’s exposed

  6. #6
    Senior Member

    aswada's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    6,461
    Post Thanks / Like
    Rezeki masing2..xyah nk dengki sgt..bile org swasta dapat bonus 3 4 bulan tu org2 gomen pn xde cakp ape..bia jela..



  7. #7
    Senior Member

    k a y a m's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Surga Cinta
    Posts
    16,051
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    aku x highlight pun utk org swata. sbb org swasta mmg byk duit. tu pasal diorang takde propa sana sini. tgk balik, baca balik. ke org kerajaan mmg selalu baca tak habis. org kampung.. let me repeat, ORANG KAMPUNG yg bekerja sbg tukang kopek kelapa, kerje-kerje kampung or etc. ke nak aku ulang balik? dimana hak mereka sbg rakyat malaysia?


    when i was born, devil said.. " ohh shit! competition "
    you are not entitled to someone else’s body just because it’s exposed

  8. Likes mimyazalha, fahmi_skeen liked this post
  9. #8
    Senior Member Tok Yellow's Avatar
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Perghlih
    Posts
    1,113
    Post Thanks / Like
    jgn risau.. mgkin PM kta tgh pkir nk bt DR1M (Duit Raya 1Malaysia) kot...

  10. Likes mimyazalha liked this post
  11. #9
    Senior Member

    k a y a m's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Surga Cinta
    Posts
    16,051
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    Quote Originally Posted by Tok Yellow View Post
    jgn risau.. mgkin PM kta tgh pkir nk bt DR1M (Duit Raya 1Malaysia) kot...
    duit raya 1malaysia xpe.. jgn duit rasuah 1malaysia dh la. DR1M gak


    when i was born, devil said.. " ohh shit! competition "
    you are not entitled to someone else’s body just because it’s exposed

  12. Likes mimyazalha liked this post
  13. #10
    Junior Member
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    9
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    as salam berita gembira telah diumumkan PM pemberian bonus kepada penjawat awam. bagi pekerja sektor swasta yang berkecil dengan pemberian kerajaan ini. apa yang penting adalah kehidupan selepas mati. tahun ini kita di beri kesempatan lagi bertemu dengan bulan ramadhan di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan marilah kira semua berusaha untuk mendapatkannya janji Allah adalah pasti wallahualam

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •