Results 1 to 10 of 10

Thread: Polis tangkap 93 gengster Pulau Pinang

  1. #1
    Senior Member
    wan_speed's Avatar
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    #3 NeGerI UtAra
    Posts
    887
    Post Thanks / Like

    Polis tangkap 93 gengster Pulau Pinang



    KESEMUA 93 samseng yang diberkas kerana merancang untuk bergaduh ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang bagi membantu siasatan.

    GEORGE TOWN – Perancangan dua kumpulan gengster Geng 04 dan Geng 24 untuk bergaduh secara besar-besaran ekoran dendam kesumat yang terbuku di hati masing-masing gagal apabila seramai 93 ahli termasuk ketuanya diberkas di pusat hiburan sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini kelmarin.

    Gengster-gengster itu diberkas pukul 12.30 tengah malam selepas polis menyerbu sebuah bilik karaoke di tingkat dua hotel berkenaan yang dijadikan tempat ketua kedua-dua kumpulan tersebut bermesyuarat bagi merancang perkelahian itu.


    Daripada jumlah itu, seramai 23 merupakan ahli Geng 04 dan 70 anggota Geng 24. Mereka diberkas oleh pasukan polis yang diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang, Deputi Superintenden Zailanni Amit.

    Mereka berusia 16 hingga 42 tahun dengan 20 orang positif dadah.

    Geng 04 banyak terlibat dalam jenayah peras ugut pemaju perumahan di kawasan Timur Laut dan Barat Daya dengan meminta wang perlindungan. Kumpulan tersebut akan membuat kacau sehingga kehendak mereka dituruti.

    Samseng Geng 24 pula akan menggunakan kekerasan untuk memaksa atau mempengaruhi para peniaga di kawasan Timur Laut supaya berurusan dengan mereka.

    Mereka juga kerap membuat kacau di pusat hiburan dengan datang beramai-ramai tanpa memesan minuman.

    Kosmo


    nasib baik aku tak kene sekali...aku gangster baik..

  2. Likes takiya89 liked this post
    Dislikes MiseRy Freak disliked this post
  3. #2
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Haha....Puiii Gengster
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  4. #3
    Senior Member local4321's Avatar
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    335
    Post Thanks / Like
    datang beramai-ramai tanpa memesan minuman.

    xleh blah tol.. teh O ais rm1.50 pon xleh byr ke .. hahaaha

  5. #4
    Administrator
    MiseRy Freak's Avatar
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    7,813
    Post Thanks / Like
    mcm mana wan terlepas ni
    ~I wanna see you choke on your lies
    swallow up your greed
    suffer all alone in your misery~


  6. #5
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    berumur 16 tahun ? huhu dah pandai bebudak zaman skang..


  7. #6
    Junior Member
    Join Date
    Sep 2009
    Posts
    5
    Post Thanks / Like
    Gengster taikk minyak last2 kena tangkap jugak

  8. #7
    Senior Member
    wan_speed's Avatar
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    #3 NeGerI UtAra
    Posts
    887
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by MiseRy Freak View Post
    mcm mana wan terlepas ni
    aku gengster baik la...aku slalu tlg owg ja..mcm robin hood...

  9. #8
    Senior Member
    Join Date
    Jan 2008
    Posts
    257
    Post Thanks / Like
    gangster beramai2..klu sorg2 tkencing dlm sua..tkt jln tunduk mcm tkus..huhu

  10. #9
    Senior Member
    asyrafarah's Avatar
    Join Date
    Dec 2010
    Location
    Selangor
    Posts
    265
    Post Thanks / Like
    Kongsi, kongsi, mari bicara~
    Kongsi pendapat juga idea~
    Kongsi tempat tido dlm penjara..
    ish2..tu la, mak suh sekolah duk jd gangster..tobat la..






  11. #10
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •