Tempat-tempat menarik di Turki untuk di lawati mengikut susunan kedudukan ranking tempat yang mesti dikunjungi apabila bercuti ke Turki.
Turki adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai perpaduan dua kebudayaan iaitu eropah dan asia. Turki terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang luar biasa, unik serta menakjubkan di bumi, tersimpan peninggalan bangunan sejarah yang asli terjaga dengan baik, keindahan alam rumput menghijau, keunikan pantai serta tasik dan kekayaan monumen bersejarah. Keindahan masjid di Turki menjadi mascot negara Turki selain keunikan serta keindahan alam yang unik tiada di tempat lain.
Percutian ke Turki adalah percutian percuma tajaan sepenuhnya syarikat pelaburan emas fizikal terbesar Malaysia iaitu Public Gold dalam Program SIP ( Sales Incentive Program) Leadership seminar Turkey 2016. Percutian percuma ini diberikan kepada pengedar emas yang mencapai target jualan emas dalam masa setahun dan saya merupakan salah seorang peserta yang terpilih mengikuti program sip public gold ke Turki. Perlancongan ke Turki ini mengambil masa 10 hari 7 malam pada 22 april hingga 1 mei 2016. Di sini saya senaraikan kedudukan ranking tempat menarik di Turki mengikut pandangan atau pendapat saya sendiri hasil dari melancong ke turki setelah melawat tempat-tempat menarik di turkey.
RANKING 15 TEMPAT PALING MENARIK DI TURKI :
1. Cappadocia


Keunikan dan keindahan alam corak batuan bersejarah dan keunikan bentuk muka buminya menjadi destinasi popular pelancong atau pembuatan filem. Kota-kota unik dan tempat menarik di Cappadocia adalah seperti Underground City of Kaymakli, valley of birds, Uchisar castle, Avanos village, devrent valley, pasabag valley, love valley, red valley, rose valley dan sebagainya. Batu-batuan di sini sangat unik dan indah seperti berada di planet lain dan gua-gua di lereng bukit di sini masih dijadikan tempat tinggal oleh penduduk di sini. Saya tinggal di hotel gua, Kaya Hotel iaitu betul-betul di hadapan valley of the birds atau dikenali rumah pigeons.
2. Naik belon udara panas Capadocia


Cappadocia adalah tempat yang paling unik dan menarik, oleh itu menaiki belon udara panas untuk melihat keseluruhan panorama di Cappadocia adalah pengalaman yang menakjubkan. Namun tambang menaiki belon udara panas agak mahal iaitu antara USD200 hingga 250 dolar seorang. Alhamdulillah saya dapat pengalaman naik udara panas melihat keindahan dan keunikan batuan dan muka bumi Capadocia dengan tajaan Public Gold. Lihat video NAIK BELON UDARA PANAS DI CAPPADOCIA untuk melihat keindahan Cappadocia dari udara.
3. Masjid biru instanbul


Masjid Biru atau Blue Mosque merupakan maskot atau lambang negara turki kerana masjid biru merupakan salah satu masjid yang paling indah dengan seni binanya yang menakjubkan di Turki. Masjid biru adalah tempat paling menarik di instanbul dan menjadi daya tarikan utama pelancong. Masjid biru atau blue mosque adalah Masjid Sultan Ahmed yang dibina oleh Sultan Ahmed I pada tahun 1616 memiliki enam menara tinggi dan dihiasi 20,000 jubin biru pada dinding bahagian dalamnya.

4. Istana Topkaki Instanbul


Topkapi Palace atau istana Topkaki merupakan kediaman rasmi Sultan Uthmaniyyah untuk kira-kira 400 tahun (1465-1856) pemerintahannya. Istana dihias bagi majlis-majlis negeri dan hiburan diraja dan menjadi tarikan utama pelancong hari ini kerana terdapat banyak peninggalan suci dalam sejarah Islam seperti jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatnya hingga kepada tongkat nabi musa.

5. Cotton castle Pamukkale



Cotton Castle atau istana kapas di Pamukkale merupakan sebuah tempat atau destinasi yang mesti di kunjungi di Turki kerana kerana keunikan dan keindahan hamparan batuan yang berwarna putih seperti kapas dengan kolam air panas. Lapisan putih tersebut merupakan mineral kalsium yang terbentuk melalui fenomena alam dan kolam air panas dipercayai sebagai perawatan penyakit dan spa sejak dahulu kala.

6.Hierapolis Pamukkale


Hierapolis adalah bandar kota purba Greek-Roman dan Byzantine yang dibina di atas cotton castle atau istana putih kira-kira 2700 meter (8860 kaki) panjang, 600 meter( 1970 kaki) lebar dan 160m (525 kaki) tinggi. Kota Hierapolis adalah kota yang musnah kerana gempa bumi dan hanya tinggalan beberapa bangunan seperti dewan teater dan sebagainya.
7. Muzium Hagia Sophia Instanbul


Hagia Sophia adalah sebuah gereja Ortodoks dan menjadi masjid sebelum menjadi muzium di Istanbul, Turki. Dahulunya Hagia Sopia adalah sebuah gereja orthodox dan setelah Istanbul jatuh di bawah pemerintahan kaisar Ottoman, gereja orthodox di ubahnya menjadi sebuah masjid. Setelah Istanbul membangunkan masjid biru atau Blue Mosque, Hagia Sophia yang terletak dekat masjid tersebut di ubahnya menjadi sebuah muzium.
8. Menaiki bot cruise di selat bosphorus instanbul.

Pengalaman menaiki bot cruise di selat Bosphorus tidak harus di lepaskan jika berkunjung ke Turki kerana dengan menaiki bot cruise ini kita dapat melihat keindahan masjid, bangunan lama, jambatan bosphorus dan mengalami sendiri keunikan burung camar di Selat Bosphorus yang merupakan sempadan eropah dan Asia. Lihat video youtube KEAJAIBAN BURUNG CAMAR DI SELAT BOSPHOROUS semasa menaiki bot cruise di Selat Bosphorus.
9. Grand Bazar Instanbul

Grand Bazar di Instanbul Turki dikenali Büyük Çarşı ialah salah satu pasar dan pusat ekonomi tertua dan terbesar di dunia. Grand Bazar di panggil kerana ukuran pasar ini memang bukan besar, tetapi jauh lebih besar dimana terdapat sejumlah 61 jalan atau lorong di pasar ini dengan memiliki lebih 3 ribu kedai jualan. Jadi apabila memasuki grand bazar sebaiknya menanda atau mengingati nombor pada pintu masuk pasar untuk elak dari tersesat. Bersebelahan grand bazar terdapat gold bazar dan spice bazar. Bazar emas adalah deretan kedai emas yang menjual pelbagai jenis emas dan spice bazar atau pasar rempah adalah pasar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar dan dikatakan adalah antara pasar rempah dan herba terbesar di dunia.



10. Muzium Mevlana Konya

Muzium Mevlana di Konya adalah makam Jalal ad-DinRumi iaitu penyair sufi yang melahirkan tarian khas berpusing badan yang terkenal di Turki dan seluruh dunia.
11. Kota bawah tanah Capadocia

Underground City atau kota bawah tanah di Cappadocia adalah kota bawah tanah buatan manusia yang bersambung dengan terowong ke sesuatu bilik atau ruangan yang bertingkat. Pembinaan terowong bawah tanah ini pada zaman dahulu untuk tujuan perlindungan daripada musuh, peperangan dan juga sewaktu bencana alam. Terdapat lebih 36 kota bawah tanah di sekitar Cappadocia, namun yang paling popular dan dikunjungi ramai adalah Derinkuyu Underground City dan Kaymakli Underground City. Kedua-dua kota bawah tanah ini adalah bersambung dan telah diistiharkan sebagai tapak warisan sejarah dunia UNESCO (UNESCO historical world herritage).
12. Masjid Sultan Suleiman Instanbul

Masjid Sultan Suleiman atau Sulaimaniye Mosque dibina pada tahun 1558 adalah masjid kedua terbesar di Instanbul Turki selepas Masjid Biru. Ruang sholat di Sulaimaniye Mosque ini sangat cantik dengan tulisan kaligrafi yang indah.
13. Green mosque di Bursa.

Green Mosque atau masjid hijau adalah tapak warisan sejarah dunia UNESCO (UNESCO historical world herritage) di Bursa dengan keindahan kaligrafi islam.
14. Grand Mosque di Bursa

Grand Mosque (Ulu Camii) adalah masjid terbesar di Bursa yang dibina oleh Sultan Beyazit 1 selepas kejayaannya menakluki Macedonia. Masjid ini dibina antara tahun 1396 dan 1399 yang mempunyai 20 kubah.
15.Green Mausoleum Bursa

Green Mausoleum ataupun makam hijau adalah makam Mehmet 1 dengan keunikan seni yang berwarna warni. Green Mausoleum bersebelahan dengan green mosque.
Banyak lagi tempat menarik di Turki yang tidak tersenarai seperti Salt Lake (Tuz Golu) iaitu tasik garam termasin didunia, makam Ataturk, masjid Haci Bayram Veli Mosque, Tomb & Mosque Ayyub Al Ansari dan sebagainya. Klik TEMPAT MENARIK DI TURKI MESTI DIKUNJUNGI untuk melihat video youtube tempat-tempat menarik di Turki.


Bagi saya, tempat yang paling istimewa atau special sebagai pelabur dan pengedar emas Public Gold adalah mengunjungi rakan niaga Public Gold iaitu syarikat pengeluar emas terbesar Turki iaitu Nadir Metal Rafineri. Kunjungan ke kilang pemprosesan emas ini amat istimewa kerana bukan semua orang boleh masuk ke kilang pembuatan emas. Kilang pengeluaran emas dan perak Nadir Metal Rafineri ini memproses dan mengeluarkan emas dan perak diiktiraf dunia, LBMA (London Bullion Market Association) yang juga mengeluarkan emas dan perak lbma Public Gold. Maklumat mengenai lbma dan kepentingan menyimpa emas pelaburan berstatus lbma klik APAKAH LBMA DAN KENAPA BELI EMAS DAN PERAK LBMA.
Apabila bercuti ke luar negara, kita akan dapat merasai kesan kejatuhan nilai wang semasa menukar wang ringgit malaysia kepada wang negara luar. Kejatuhan nilai wang ringgit juga memberi kesan rakyat Malaysia kerana menyebabkan kos hidup meningkat kerana nilai wang berkurang. Hanya emas yang dapat menyelamatkan kesan kejatuhan nilai wang kerana harga emas dalam ringgit malaysia akan naik apabila nilai wang jatuh. Jadi kini adalah masa terbaik menukar wang kepada emas fizikal. Emas fizikal terbaik untuk pelaburan masa depan adalah Public gold kerana emas dan perak Public Gold termurah dan SATU-SATUNYA emas pelaburan di iktiraf dunia, LBMA yang mendapat pengecualian cukai gst di malaysia. Bertindak segera menyimpan emas bermula membeli emas Rm100 atau mula membeli gold bar 0.5g 999.9 lbma bebas gst Public Gold. Klik CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan cara-cara membeli emas pelaburan Public Gold atau whatsapp 019-9185593 (Mohd Zaidi junus, Master dealer Public Gold, PG001425) atau layari www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com