Results 1 to 8 of 8

Thread: Penuntut ditendang pensyarah

  1. #1
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ign.com
    Posts
    5,946
    Post Thanks / Like

    Penuntut ditendang pensyarah





    PUCHONG – Sudahlah dicekik dan ditumbuk berkali-kali oleh pensyarah dan rakan sekelas, seorang penuntut kolej swasta di Kajang di sini mendakwa diperlakukan tanpa belas kasihan apabila turut ditendang ketika cuba bangun bagi mendapatkan bantuan.


    Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa, Asraf Edy Azizi, 17, mendakwa dia dimarahi salah seorang tenaga pengajar kolej itu ketika bergurau dengan seorang rakan di dalam kelas.


    Katanya, tenaga pengajar kolej lelaki itu meluru ke mejanya dan bertanya sekiranya dia mempunyai apa-apa masalah kerana bergurau ketika kelas sedang berjalan.


    Pertanyaan itu, menurut Asraf tidak dijawabnya dan dia terus menundukkan kepala kerana tidak mahu melawan serta menimbulkan masalah lain.“Pensyarah itu memegang bahagian tengkuk dan mencekik saya sebanyak dua kali serta menolak kepala ke atas supaya memandang wajahnya.


    Akibat marah diperlakukan seperti itu saya ada mengeluarkan perkataan kesat kerana dimalukan di dalam kelas.


    “Dia yang sudah berlalu selepas mencekik kemudian berpatah balik dan bertanya mengapa keluarkan kata-kata demikian membuatkan saya terus minta maaf ,”katanya.


    Asraf berkata, tanpa pedulikan permohonan maafnya, pensyarah terbabit menolaknya jatuh ke tepi dinding.


    Belum sempat untuk bangun semula selepas ‘tersungkur’ di lantai, Asraf mendakwa seorang pelajar dari kelas yang sama kemudian melepaskan satu tumbukan terus mengenai bahagian mata kirinya.


    Tidak cukup dengan itu, katanya, seorang lagi rakan sekelasnya tiba-tiba meluru ke arahnya dan menumbuk bahagian belakang kepalanya berkali-kali.


    “Ketika menahan kesakitan dan cuba bangun, pensyarah terbabit menendang saya sebelum kejadian dileraikan beberapa rakan sekelas.


    “Dalam keadaan mata lebam dan masih sakit, saya bersama seorang rakan kemudian ke hospital kerajaan menaiki bas awam sebelum membuat laporan di Balai Polis Kajang hari yang sama,”katanya.


    Sementara itu bapa mangsa, Edy Azizi berkata, dia kesal kerana pihak kolej seolaholah tidak berperikemanusiaan kerana membiarkan anaknya yang cedera ke hospital bersendirian selepas insiden.


    Katanya, pihak kolej hanya bersetuju menghantar anaknya ke klinik swasta kerana mahu menyembunyikan kejadian itu dan menutup malu.


    “Pihak kolej minta selesai kes ini di luar tetapi saya enggan kerana tidak mahu membahayakan nyawa anak pada masa depan. Apa yang saya tahu tiada tindakan dikenakan kepada pensyarah dan pelajar yang pukul anak saya.


    “Disebabkan itu, saya menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya memantau apa yang berlaku di kolej-kolej swasta kerana dibimbangi menjadi lubuk penularan samseng,”katanya

  2. #2
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    6
    Post Thanks / Like
    mcm pelik jer bunyi cerita nie..apasal plak member kelas pun tumbuk dia gak..??pelik2..mesti bdk nie ada buat benda2 yg menyakitkan hati pensyarah tu dan bdk2 kelas yg lain..ntah2 bdk nie byk buat hal kt kolej apa..hahaha..pelik aku..

  3. #3
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    ade cite di sebalik takbir la ni... bebudak2 klas yg lain mintak tolong lec ah ni ~


  4. #4
    Senior Member

    Join Date
    Nov 2009
    Posts
    1,206
    Post Thanks / Like
    kalau dia tak mulakan masalah tak kan timbul, lebam tak kan terjadi, aku rasa budak ni dah diberi amaran beberapa kali sebelum ini, tp masih nak tunjuk lagak & kepala batu. Ambik ko ganggu kelas & orang lain yg nak belajar.

  5. #5
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2012
    Posts
    2
    Post Thanks / Like
    btol 2 azam......dr crite pon bleh 6pk.....

  6. #6
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2012
    Posts
    2
    Post Thanks / Like
    tgk rambut pon dh tau cmne prngai.......

  7. #7
    Senior Member
    blacqued's Avatar
    Join Date
    Feb 2008
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    703
    Post Thanks / Like
    Mcam crita dongeng je...

  8. #8
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •