Results 1 to 5 of 5

Thread: Misteri Mayat Berusia Lebih 30 Tahun Tidak Reput

  1. #1
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ign.com
    Posts
    5,946
    Post Thanks / Like

    Misteri Mayat Berusia Lebih 30 Tahun Tidak Reput

    “Jenazah Misteri” membuatkan Tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.





    Mayat
    lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.


    Penggali kubur tersebut berkata penemuan jenazah itu amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.


    “Selama 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.”


    “Sepanjang pengetahuan, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat.”


    “Tergamam apabila melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama, penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur.” – kata mereka. Subhanallah..




    Sekadar gambar hiasan



    Renungan


    Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk


    Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :


    1. Para Nabi

    2. Para Ahli Jihad

    3. Para Alim Ulama’

    4. Para Syuhada

    5. Para Penghafal Al Quran

    6. Imam atau Pemimpin yang Adil

    7. Tukang Azan

    8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

    9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

    10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


    Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


    “Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan dan buah buahan syurga.”


    Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t di dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :


    (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!” (Surah Al-Haaqqah :24)


    Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


    “Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 237)


    Wallahua’lam..

  2. Thanks fahmi_skeen thanked for this post
    Likes miss_sania liked this post
  3. #2
    Junior Member
    Join Date
    Jan 2010
    Posts
    13
    Post Thanks / Like
    point no9...yg mati d bunuh...bagaimana jika org tu org zalim n sewaktu dgnnya? bkn mempertikaikan cuma nk detail spy org islam dan org bkn islam yg bca info ni lebih mengerti....mcm point no 10 ada penegasan jika d klgn org beriman...
    btw...nice info...thanks...

  4. #3
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    nice share tuan tanah..
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


  5. #4
    Member
    Join Date
    Jan 2018
    Location
    Perak
    Posts
    36
    Post Thanks / Like
    jenazah yang meninggal tapi masih dalam keadaan elok tu mungkin masa hidupnya ada buat kebaikan di jalan Allah. Wallahullam...

  6. #5
    Junior Member
    Join Date
    Oct 2020
    Posts
    5
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •