Results 1 to 3 of 3

Thread: 3 lelaki larikan barangan kemas bernilai RM3 juta

  1. #1
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ign.com
    Posts
    5,946
    Post Thanks / Like

    3 lelaki larikan barangan kemas bernilai RM3 juta

    BUTTERWORTH: Tiga lelaki yang menyamar sebagai pelanggan melarikan barang kemas bernilai lebih RM3 juta dari sebuah kedai emas dalam pasar raya Carrefour Seberang Jaya, di sini.


    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh, berkata dalam kejadian 2.15 petang tadi, tujuh pekerja dan seorang pelanggan berada dalam kedai itu. Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki kedai emas dan menyamar sebagai pelanggan dengan meminta pekerja kedai emas itu mengeluarkan rantai-rantai emas untuk dibeli oleh mereka.


    "Selepas permintaan mereka dilayan, ketiga-tiga lelaki terbabit mengeluarkan tiga pucuk pistol serta mengacukannya kepada pekerja dan seorang pelanggan tadi sambil memberi amaran jangan bergerak," katanya kepada pemberita di sini.


    Katanya, perompak itu menjadikan salah seorang pekerja kedai emas itu sebagai tebusan dengan mengacu pistol di kepalanya manakala pekerja lain diarah memasukkan barangan kemas dalam sebuah beg dengan cepat sebelum mereka melarikan diri.


    Mohd Nasir berkata, perompak berusia antara 20 hingga 30 tahun terbabit dipercayai warga asing kerana bertutur dalam bahasa Hokkien dan bahasa Melayu yang agak pelat.


    Katanya, ketika kejadian seorang pengawal keselamatan berada dalam sebuah bilik kaca di premis itu tetapi tidak sempat buat apa-apa kerana ia berlaku dengan pantas.
    "Tiga lelaki berkenaan menggunakan kesempatan orang ramai yang berada di dalam pasar raya itu untuk melarikan diri ke tingkat bawah pasar raya itu," katanya.


    Katanya, mereka kemudian melarikan diri dengan dua motosikal bersama seorang lagi rakan yang menunggu di tingkat bawah pasar raya itu.


    "Tiada pekerja yang cedera dalam kejadian itu namun mereka masih trauma dengan kejadian itu kerana ia adalah kejadian rompakan ketiga membabitkan kedai emas terbabit," katanya.


    Beliau berkata, pihaknya juga masih meneliti rakaman kamera litar tertutup di kedai emas tersebut serta pasar raya besar itu untuk mendapatkan gambaran jelas kesemua suspek.


    Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

  2. #2
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    kesimpulan : pasanglah CCTV di mana2 ~


  3. #3
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •