Results 1 to 5 of 5

Thread: Kisah Mayat Membaca Surah Yasin Di Mekah

  1. #1
    Senior Member
    wan_speed's Avatar
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    #3 NeGerI UtAra
    Posts
    887
    Post Thanks / Like

    Kisah Mayat Membaca Surah Yasin Di Mekah

    Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

    Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

    Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

    Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

    Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

    Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

    Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

    Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya

  2. Thanks heaven8846, fahmi_skeen, Tok Yellow thanked for this post
    Likes heaven8846 liked this post
  3. #2
    Senior Member
    tembakartun's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    JorDan
    Posts
    1,041
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    5
    kuasa Allah..mcm2 bley jadik



    -JOM layan Forum Syok.org-

  4. #3
    Member farah236's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    46
    Post Thanks / Like
    Mmg hebat....buat kerja ikhlas kerana Allah

  5. #4
    Senior Member

    Join Date
    Jul 2011
    Posts
    112
    Post Thanks / Like
    petikan nie ambik ktne?

  6. #5
    Senior Member
    wan_speed's Avatar
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    #3 NeGerI UtAra
    Posts
    887
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by naidy_ramli View Post
    petikan nie ambik ktne?

    petikan ni amek kat FB,xjumpa sape yg terbitkan.,.rmai yg share...
    np yer??

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •