GALAKSI VIRAL - Pernah dengar lagu Thailand ? Jika nak tahu, di Asia Tenggara hanya dua negara sahaja yang mempunyai Carta Billboard Hot 100 Songs iaitu Thailand & Vietnam. Manakala negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia & Filipina hanya mempunyai Carta Billboard Hot 25 Songs sahaja buat masa ini. Ini adalah kerana industri muzik Thailand & Vietnam sangat aktif, mempunyai daya saing tinggi, muzik berkualiti dan pasaran muzik yang sangat kukuh sehingga ia mampu mengeluarkan beratus-ratus lagu sepanjang tahun untuk peminat muzik tempatan. Oleh yang demikian, mari kita lihat lagu manakah yang paling popular di Thailand ketika ini.



LAGU THAILAND POPULAR TAHUN 2024
01.I LIKE YOU/BACK TIMEArtis : PtrpStudio @ Phattharaphon SueabunmiGenre : Thai PopTahun Terbitan : 2022Catatan :
Lagu ini sangat popular bukan sahaja di Thailand, malah di seluruh negara Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Kalau selalu tengok sosial media terutamanya Tik Tok pasti sangat familiar dengan lagu ini. Lagu sempoi tapi comel ini juga menunjukkan lagu Thailand sangat mementingkan identiti muzik mereka yang tersendiri walau semoden mana pun lagu mereka. Sebab itu kita mudah kenal lagu Thai apabila kita mendengarnya.

Video Muzik I Like You/Back Time



02. CHARMArtis : LYKN @ Lycan feat Joong & PondGenre : Dance/Hip HopTahun Terbitan : 2024Catatan :
Lagu ini tengah meletop di Thailand kerana ia menampilkan kolaborasi hebat daripada kumpulan BTS versi Thailand bersama dua aktor Thai muda yang semakin meningkat naik ketika ini. Kumpulan LYKN ini juga kerap trending di sosial media Asia Tenggara kerana lagu, bakat, rupa dan nilai komersial yang dimiliki mereka cukup diminati ramai. Video muzik lagu ini juga pastinya akan mengingatkan kita kepada video muzik Dolla Damelo kerana terdapat adegan menari di padang pasir dan kawasan berair. Koreografi tarian mereka di dalam video muzik Charm ini juga sangat menarik.

Video Muzik Charm

Info Lanjut Boleh Rujuk Di Sini >> https://galaksiviral.blogspot.com/20...ahun-2024.html