GALAKSI VIRAL - Rancangan Realiti TV Popular Netflix iaitu The Circle telah menampilkan kejutan apabila buat pertama kali dalam sejarah dunia apabila menampilkan Manusia Buatan AI (Artificial Intelligence) masuk bertanding dalam rancangan realiti berlawan dengan manusia sebenar. Ia seperti kita sudah menuju ke zaman seperti filem Hollywood tahun 2001 iaitu A.I Artifial Intelligence (lakonan Jude Law) dan filem Terminator (Arnold Schawzenegger). Di bawah ada trivia & review ringkas berkenaan Rancangan Realiti TV The Circle ini.


TRIVIATHE CIRCLE
Negara Asal : United Kingdom
Tahun Siaran : 2020 - kini
Francais Rancangan : Amerika Syarikat, Brazil & Perancis (sehingga 2022)
Konsep Rancangan :
- Antara rancangan realiti TV paling unik pernah diwujudkan kerana semua peserta akan menggunakan sepenuhnya platform sosial media yang direka khas untuk rancangan ini iaitu The Circle untuk bertanding.
- Setiap musim akan ada antara dalam 6 hingga 10 peserta dan mereka akan ditempatkan di dalam apartment berbeza serta tidak mengenali antara satu sama lain untuk bertanding. Mereka cuma akan berinteraksi dengan hanya menggunakan aplikasi The Circle.
- Aplikasi The Circle ini adalah seperti kombinasi Facebook, Aplikasi X dan Instagram dalam satu platform.


Logo platform sosial media The Circle
- Cara mereka bertanding ialah mereka perlu letak rating No.1 sehingga Terakhir di mana peserta yang mendapat kedudukan tertinggi akan menjadi "Influencer" di mana mereka akan ada kuasa untuk "blocked" atau singkirkan peserta yang mereka tidak gemari atau peserta yang menjadi saingan hebat mereka.
- Semua peserta boleh mencipta profil akaun The Circle masing-masing dan terpulang pada mereka samada mereka letak gambar mereka sendiri atau menyamar menjadi orang lain (catfish). Di sini lah menjadikan rancangan ini semakin menarik kerana hampir semua episod ada plot twist samada peserta itu menyamar guna profil orang lain atau kedudukan rating mengejutkan atau permainan online yang boleh buat peserta tersentap atau terkedu.
- Paling mengejutkan ialah musim keenam edisi Amerika Syarikat tahun 2024 apabila buat pertama kalinya Manusia Ciptaan AI (Buatan Cerdas) masuk bertanding dan menyamar menjadi manusia realiti. Teknologi terkini menunjukkan Manusia Buatan Cerdas ini sudah mencapai tahap boleh menganalisa sifat simpati dan empati apabila brtbicara sesama manusia sejati di mana ia sesuatu di luar jangkaan. Terminator era is coming guys.

info lanjut boleh rujuk sini >> https://galaksiviral.blogspot.com/20...nar-lawan.html