GALAKSI VIRAL - Pernah tengok jam menunjukan waktu tengah malam tetapi cahaya matahari masih jelas dan terang pula waktu itu ? Mungkin ada yang sudah tahu info ini dan mungkin juga sebaliknya.

Seperti peminat sains sedia maklum, saintis antarabangsa telah menjumpai satu planet seakan Bumi tetapi tidak berputar seperti Bumi. Secara ringkasnya, putaran Bumi di orbit ini yang menyebabkan berlakunya waktu siang dan malam di Bumi. Walau bagaimanapun, planet yang diberi nama GLIESE 581c (info lanjut boleh baca di link ini >> 11 Planet Aneh) tidak berputar dan menyebabkan sebahagian kawasan planet ini sentiasa siang tanpa malam dan kawasan sebelahnya pula sentiasa malam tanpa siang. Satu-satunya kawasan yang sesuai manusia tinggal di planet GLIESE 581c ini ialah di tengah-tengah kawasan antara siang dan malam. Cuaca di kawasan ini akan kelihatan seperti waktu subuh atau waktu senja sepanjang masa.



Matahari Tengah Malam Di Alaska​


Berbalik semula ke Bumi, terdapat enam lokasi yang mataharinya tidak pernah terbenam dan tiada waktu malam di kawasan tersebut untuk tempoh tertentu. Fenomena ini terjadi kerana kedudukan geografi kawasan ini di bahagian Utara Bulatan Artik atau Selatan Bulatan Antartik di Bumi.


TEMPAT SIANG LEBIH LAMA

DARIPADA MALAM


01.

SVALBARD, NORWAY





Catatan :​

Norway dipanggil Negara Matahari Tengah Malam. Secara lazimnya, Norway akan mengalami fenomena waktu siang lebih 20 jam sehari selama 76 hari iaitu dari Mei hingga hujung Julai. Namun, ianya berbeza bagi kawasan di Svalbard. Di sini matahari bersinar hampir 24 jam bermula dari 10 April sehingga 23 Ogos setiap tahun. Menarik bukan ?

Info lanjut boleh rujuk di link ini >>> http://galaksiviral.blogspot.com ... am-hanya-siang.html