GALAKSI VIRAL - Tahun 2002 masih lagi merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Siti Nurhaliza kerana berjaya mengekalkan kejayaannya dalam bidang seni pada tahun ini seperti memenangi Anugerah Vokal Wanita Terbaik AIM 2002, Penyanyi Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2002, Anugerah Grandprix Voice Of Asia Kazakstan. Artis Pilihan Malaysia MTV Asia Award 2002 dan banyak lagi. Tahun ini juga merupakan tahun revolusi muzik baru daripada irama tangkap leleh kepada irama muzik kontemporari. Kumpulan Spider buat pertama kalinya memegang status Artis Tempatan dengan Jualan Album Paling Laris 2002 untuk album Aladdin di mana ianya terjual lebih 60,000 unit pada tahun itu. Kehadiran bakat baru dengan gaya nyanyian dan nada vokal berbeza daripada penyanyi senior terdahulu seperti Siti Sarah dan Misha Omar telah membawa satu arus perubahan di dalam bidang muzik Malaysia pada tahun itu.TOP 12LAGU MALAYSIA PALING POPULARTAHUN 200201. NIRMALAArtis : Siti NurhalizaKomposer : Pak NgahPenulis Lirik : Che'kemAlbum : Sanggar MustikaTahun : 2002Catatan :Lagu Nirmala adalah karya terbaik daripada Pak Ngah kerana mempunyai rentak irama tradisional yang menarik, unik, kompleks, segar, kemas, dinamik beserta liriknya yang penuh seni sastera dan puitis oleh penulis lirik hebat iaitu Che'kem. Dinyanyikan pula oleh Penyanyi No.1 Malaysia iaitu Diva Pop Siti Nurhaliza telah menjadikan lagu ini sebagai satu pakej lengkap dari sudut lagu terbaik dan popular. Lagu ini dijangka memenangi Anugerah Juara Lagu 2002 tetapi kalah mengejut dengan lagu Keliru (Ajai & Nurul). Walaupun begitu, lagu ini telah menjadi salah satu lagu Irama Malaysia yang sangat mashyur di Nusantara kerana keunikan melodinya yang sangat hebat itu. Lagu ini juga menguji vokal penyanyinya kerana perlukan stamina vokal yang mantap dan lenggok nyanyian yang tersendiri kerana terdapat beberapa bahagian yang pastinya sukar dinyanyikan jika tidak mempunyai teknik vokal yang betul. Video muzik lagu ini juga sangat cantik dengan menggunakan tema ala ala di negara Arab dan tarian lagu ini juga menjadi ikutan peminat seni hiburan. Maka tidak hairanlah jika lagu ini adalah Lagu Paling Popular Tahun 2002 di Malaysia.Info lanjut boleh rujuk di sini >>> http://galaksiviral.blogspot.com/201...n-2002-di.html