Hi semua,

Mungkin topik di atas agak personal bagi sesetengah pihak namun ingin saya nyatakan bahawasanya isu pengetahuan tentang kesihatan seksual dan pembiakan (SRH) dalam kalangan remaja Malaysia kekal rendah dan mereka terus jahil tantang banyak aspek seks serta kehamilan. Dan ini adalah satu benda yang sangat membimbangkan.

Mengambil petikan dari satu kajian, ia mendedahkan 10 peratus daripada responden tidak mahu diuji dan dirawat terhadap kemungkinan terdedah kepada jangkitan bawaan seksual (STI) kerana bimbang dipulau kerana percaya ia sesuatu yang 'mengaibkan'.

Hasil kajian ini disokong oleh Durex Malaysia dalam pengeluaran kondom oleh Reckitt Benckiser, memberi data yang bernilai untuk memudahkan perbincangan dalam kalangan pihak yang berkepentingan bagi menghasilkan program yang bersesuaian.

Mungkin ada sesetengah para remaja tidar sedar akan bahayanya Durex Play ataupun penggunaannya keatas mereka jadi diharap para netizen dapat memberikan iktibar kepada mereka.

Apakah pendapat anda?