Results 1 to 2 of 2

Thread: ~ Panggilan ~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~ Panggilan ~





    Selepas keluar dari tandas aku basuh tangan. Kemudian aku ambil air sembahyang. Di pertengahan aku terdengar nama aku di panggil.

    "Kak Sabar...!"

    Suara Fakrul. Budak ni nak apa time maghrib terjerit panggil nama aku? Bisikku dalam hati. Sebaik keluar dari tandas aku memandang ke arahnya di hadapan pejabat.

    Dia buat tak tau aje. Aku terus ke surau menunaikan solat maghrib. Usai solat siap bertudung aku keluar dari surau dan terus mencari Fakrul.

    "Kamu panggil akak ke tadi?"

    "Saya panggil akak? Tak ada? Kenapa?" Fakrul terkejut.

    "Tapi akak memang dengar suara kamu yang panggil akak tadi. Masa akak dalam tandas tadi...,"

    "Eh, saya tak de panggil pun. Nak buat apa saya panggil akak..."


    Aku terus sambung kerja aku. Pelik. Memang aku dengar suara Fakrul yang panggil aku. Hari-hari yang berlalu, apa yang berlaku kepada aku menjadi bahan gurauan kepada Fakrul. Habis kecoh satu stor. Tapi aku buat tak kisah jer.

    Dua hari lepas sekali lagi nama aku di panggil. Kali ni suara Dayah pula. Aku dengar tapi aku tidak terus pandang Dayah. Aku buat kerja macam biasa. Azan isya' berkumandang tidak lama kemudian.

    Aku toleh pandang Dayah. Dia sedang sibuk dengan kerjanya. Aku tanya kepada dia untuk memastikan apa yang bermain di fikiran aku.

    "Dayah ada panggil akak tak tadi?"

    "Tak ada...,"

    Sah, dah dua kali 'dia' permainkan aku. Melampau betul. Tak apa. Aku boleh je buat tak tahu. Apa yang aku boleh buat pun kalau 'dia' panggil nama aku lagi.



    Semalam aku membelek status kawan2 kat wassap. Tergerak di hati aku untuk bertanya kepada seorang kawan dalam satu grup wassap. Aku menceritakan kepada dia apa yang telah aku alami. Jawapan dia buat aku agak terkejut. Jawapan dia buat aku terfikir... kenapa aku? Apa yang aku ada sampai aku yang kena?

    Hantu raya.

    Dia saja suka2 nak panggil. Saja nak ganggu. Macamlah aku nak layan sangat benda2 ni semua. Dah confirm bukan orang yang panggil, memang aku buat tak tahu je.

    Kawan aku cakap dia nak seseorang menjaga dia. Hui.... memang taklah. Minta simpang.

    Hantu raya ni kalau orang2 dulu mengambilnya dengan tujuan untuk menjaga harta benda dan keluarga. Dia juga akan membantu kerja2 di kebun atau ladang. Biasalah orang2 dulu buka tanah seluas2nya. Sampai kat anak cucu cicit tinggal sekangkang kera. hahaha...

    Hantu raya juga menyerupai tuannya. Kalau orang biasa memang tak dapat cam yang mana tuan yang mana suruhannya. Abah aku pernah cakap, kalau rasa2 orang tu ada belaan, atau memang dah tau orang tu memang membela, kau baca ayat kursi depan muka dia. Dia tidak akan berani pandang balas muka kita. Lepas tu cepat saja dia nak beredar. Abah pernah buat begitu pada salah seorang kenalannya. Tak lama, baliklah dia.

    Dalam kes aku ni, rasanya dia sengaja nak menguji. Lagi pun dalam stor tempat aku kerja memang ada dia. Cuma aku tak tahu apa dan jenis apa. Sekali je aku pernah nampak dia melintas, kelibat hitam susuk seperti seorang lelaki. Yang kemudian2 ni aku cuma rasakan kehadiran dia.




    Minggu lepas aku hantar buku kat tingkat atas seorang diri sebelum kawan2 datang membantu. Hanya tuhan aje yang tahu betapa terkejutnya aku bila sekali imbas aku nampak dia duduk di hujung celah pallet dekat dinding. Elok je dia duduk kat situ perhatikan aku buat kerja.

    Lantak kau lah.

    Aku buat tak tahu tapi aku membebel jugalah. Suruh dia pindah duduk tempat lain. Mana tidaknya, asal aku ke sana nak letak buku terkejut lagi. Dia tak ganggu, tapi kehadiran dia buat aku terganggu.

    Aku tanya kawan aku hal lain. Aku ada ajak dia ke rumah. Aku tanya pada dia, kat rumah aku ada apa2 tak?

    Jawapan dia memang aku dah jangka.

    Ada.

    Tapi dia niat datang nak makan, tak nak tengok.

    Ok... takpe...

    Betul apa yang dia cakap. Anak2 selalu nampak.



    Kalau korang ada pandangan lain tentang apa yang aku alami... boleh komen kat bawah. Point2 penting dalam story aku adalah pengalaman aku sendiri yang aku alami sepanjang 8 tahun bekerja di situ. Yang paling rare aku alami sepanjang 8 tahun ni ialah bayangan seorang gadis berbaju putih yang comot dengan rambut panjang mengurai berdiri di sebelah aku. Entah dari mana datangnya aku pun tak tahu. Setakat bayang hitam tu dah selalu sangat. Itu hanya dalam stor tidak termasuk perjalan pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja.

    Saja je nak syer kat sini. Benda ni kadang2 buat aku serabut. Kenapa panggil aku? Tapi jauh di sudut hati ni berkata....

    Tak pelah... kau panggil je aku kalau kau nak main2. Asalkan kau tak ganggu kawan2 aku.



    credit : beetalk
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.σм ║▌║▌║█│▌

  2. #2
    Senior Member zaidi zek's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Bumi Hang Tuah
    Posts
    149
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •