GALAKSI VIRAL - Filem Korea paling laris tahun 2017 iaitu Along With The Gods : The Two Worlds telah mencetuskan fenomena hebat di seluruh dunia apabila filem ini menjadi filem kedua paling laris dalam sejarah perfileman Korea sepanjang masa. Filem ini sudah mencapai kutipan lebih US$ 103 juta di seluruh dunia. Manakala di Korea Selatan pula, filem ini telah berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak 14,355,786 dengan anggaran lebih 10 juta orang menonton filem ini. Filem ini juga berjaya menjuarai carta Filem Box Office Malaysia pada hujung bulan Januari yang lepas.


Filem ini berkonsepkan drama fantasi yang menyentuh isu hal kekeluargaan dan perjalanan roh ke alam kematian. Ianya adalah adaptasi daripada webkomik milik Joo Hoo-min. Filem ini ada dua bahagian. Bahagian pertama iaitu Along With The Gods : The Two Worlds sudah ditayangkan pada 20 Disember 2017 yang lalu. Bahagian kedua filem ini akan menyusul pada tahun ini dengan judul Along With The Gods : The Last 49 Days. Antara pelakon hebat di dalam filem ini ialah Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun (pelakon filem Hello Ghost), Ju Ji-Hoon, Kim Hyang-gi, Lee Jung-jae dan Kim Dong Wook. Jom kita baca sinopsis di bawah. (Spoiler Alert)



Poster Filem Along With The Gods

SINOPSIS
Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Kim Ja-Hong (Cha Tae-hyun) yang bekerja sebagai ahli bomba telah mati ketika bertugas kerana menyelamatkan seorang mangsa kebakaran di tempat kejadian. Beliau meninggal dunia kerana beliau melompat dari satu tempat yang amat tinggi sehingga terjatuh mati di bawah lantai bangunan tempat terbakar itu. Selepas beliau tersedar, beliau ingatkan beliau masih hidup. Namun beliau berasa pelik kerana tiada siapa yang menyedari kehadiran beliau di kawasan kebakaran itu.

Pada masa itu, beliau perasan hanya ada dua orang yang memerhati beliau dari jarak sederhana iaitu seorang lelaki dan seorang wanita muda. Nama lelaki dan wanita muda itu ialah Hae Won-mak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi). Mereka memberitahu Ja-hong yang dia sudah meninggal dunia dan mereka berdua merupakan Tiga Pelindung Alam Baka yang akan menjadi peguam bela kepada roh Ja-Hong dalam menghadapi tujuh perbicaraan alam baka selama 49 hari sebelum Ja-Hong dilahirkan semula melalui proses reinkarnasi. Deok-choon juga memberitahu yang roh Ja-hong adalah roh mulia kerana banyak membuat kebaikan di dunia dan ini akan memudahkan mereka menghadapi kesemua perbicaraan itu nanti. Seorang lagi Pelindung Alam Baka yang tiada di situ iailah Gang-rim (Hang Jung-woo). Gang-rim akan pergi ke tempat pengebumian mayat Ja-hong. dan kemudiannya akan berjumpa dengan mereka yang lain di Gerbang Akhirat. Ja-hong yang masih dalam kebingungan itu menjerit yang beliau tidak boleh mati kerana belum berjumpa dengan ibu beliau. Tiba-tiba, beliau terus ditarik ke dalam satu alam lain iaitu ke Gerbang Akhirat.

Kalau ingin baca dengan lebih lanjut, boleh baca di sumber rujukan ini >> REVIEW MOVIE KOREA ALONG WITH THE GODS