Results 1 to 2 of 2

Thread: ~ Tempat Makan Best Di Melaka ~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~ Tempat Makan Best Di Melaka ~


    Kalau kita pergi berjalan mana-mana, memang tak sah la kalau tak cari tempat makan best dan unik. Tak berbaloi la kalau jalan jauh-jauh tapi last-last tak cuba pelbagai makan yang menarik di tempar tersebut. Terutama sekali kalau jalan-jalan melaka, tak sah kalau tak mencari tempat makan best di Melaka kan.




    Negeri Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara, malahan disini juga mempunyai banyak destinasi tempat makan menarik untuk ada cuba.

    Kali ini kami akan berkongsi senarai lengkap tempat-tempat makan best di Melaka untuk rujukan dan panduan bagi yang merancang untuk ke Melaka.


    Panduan Tempat Makan Best di Melaka

    Menu makanan tradisional bagi Melaka yang paling popular sudah tentulah tidak lain tidak bukan adalah Asam Pedas Melaka. Namun, bukan hanya mengkhususkan tentang asam pedas semata-mata bahkan terdapat pelbagai jenis makana turut disenaraikan.




    Photo Kredit: tv14.my




    Sudah tentunya, kalau anda bercuti ke negeri bersejarah ini, senarai destinasi tempat makan di bawah ini akan menyenangkan perjalanan anda untuk mencari tempat makan.


    Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

    Kalau anda kesini, makan anda perlukan persediaan yang sempurna. Kenapa? Ini kerana kedai yang menyediakan kuih keria ini mempunyai ramai orang dan anda mungkin akan beratur panjang. Sebab itu anda memerlukan kesabaran yang amat tinggi sebelum ke tempat ini. Tak perlu diperkenalkan lagi kuih keria disini kerana satu Malaysia sudah tahu. Sedap tapi kena sabar.







    Tapi ada bermacam jenis kuih muih disini tapi yang paling popular ialah kuih keria. Ini kerana istimewanya ialah ia disira dengan gula Melaka.


    Alamat : 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka
    Waktu Operasi : 1.00 pm – 6:00 pm


    Asam Pedas

    Kalau ke Melaka, tak sahla kalau tak pekena Asam Pedas Melaka. Ini adalah menu wajib kalau anda ke Melaka.







    Ada beberapa restoran asam pedas yang sedap di Melaka yang menjadi tumpuan pengunjung. Tapi sedap itu bergantung pada cita rasa masing-masing. Antara restoran yang menjadi pilihan di Melaka adalah :

    1. Asam Pedas Selera Kampung
    Restoran ini merupakan salah satu restoran yang ramai orang kunjungi. Selain asam pedas, pilihan menu lain juga boleh didapati disini.

    2. Asam Pedas Pasar Borong


    Restoran ini bertempat di Medan Selera Pasar Borong dan terdapat banyak deretan kedai makan yang menyediakan asam pedas di sini. Antara asam pedas ikan yang boleh anda cuba, disini anda juga boleh cuba asam pedas telur ikan.

    3. Asam Pedas Kota Laksamana


    Kedai ini telah bertapak lebih 15 tahun di Kota Laksamana dan sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat makan best di Melaka. Disini menu asam pedas mempuyai pelbagai jenis pilhan. Setiapnya dijual secara set dengan sambal belacan, telur masin dan sedikit sayur. Asam pedas disini akan dimasak selepas ditempah dan dihidangkan panas-panas di dalam mangkuk tanah liat.


    Roti Canai Kayu Arang

    Untuk kesini, ianya akan mengambil masa 10 ke 15 minit memandu dari Bandaraya Melaka. Bukan setakat roti canai dijadikan menu utama, malahan terdapat banyak pilihan makanan lain yang ada disini seperti lontong, nasi lemak kukus ayam goring rempah dan pelbagai aneka kuih muih.







    Apa yang istimewanya disini adalah roti canai disini menggunakan dapur arang untuk membakar roti. Pilihan roti canai seperti roti tampal, roti bom, roti telur dan sebagainya. Yang paling isitimewa adalah roti canai nanchos.

    Kalau makan disini memang anda akan dapat rasa asap-asap arang. Rasanya amat berbeza dari roti canai yang kita selalu makan di kedai mamak.


    Alamat : Lot 459 Kg Bakar Batu Mukim, Kampung Bakar BAtu, 75350 Bachang Melaka
    Waktu Operasi : 7:00 am – 12:00 pm

    Mee Goreng Hassan aka Mee Goreng Bodo


    Dengar nama mee goring bodo ni macam lain macam pulak. Bodo macam mana tu? Mee bodo hanyalah nama gelaran yang diberikan penduduk setempat kerana mee goreng yang dimasak disini sangat mudah dan ringkas serta hidangannya pula dimakan dengan telur goreng merah, hirisan timun dan sambal lada.






    Populariti warung ini memang sangat terkenal di kalangan orang Melaka dan setiap pagi memang akan ramai orang berpusu-pusu untuk merasai hidangan mee goreng yang terhidang disini.


    Yang isitimewa disini, mee goreng disini tidak menggunakan resepi sambal tauke kedai ini sendiri. Paling wajib ada sambal cili yang seakan sambal nasi lemak untuk makan bersama dengan mee goreng ini.


    Alamat : Lot 245, Jalan Tengkera, 75200 Melaka
    Waktu Operasi : 7:30 am – 11:00 am ( Khamis tutup )


    Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir



    Teringin nak makan kuih muih tradisional ? Ini adalah tempatnya yang menghidangkan pelbagai jenis kuih muih. Dengan puluhan pilihan kuih muih tradisional Melayu, pasti membuatkan anda rambang untuk memilih.





    Photo Kredit: diarymama.com


    Disini juga terdapat makanan lain seperti asam pedai, ayam golek dan sebagainya. Waktu cuti memang kedai ini akan penuh dengan orang kerana ianya sangat popular. Datanglah awal untuk menjamu selera disini.


    Alamat : Lot 202, Ujong Pasir, 75050 Melaka
    Waktu Operasi : 8:30 am – 7:00 pm


    Klebang Original Coconut Shake







    Coconut shake merupakan satu minuman yang sangat popular di Melaka dan satu destinasi yang paling popular terutamanya di Pantai Klebang. Lokasinya betul-betul di tepi Pantai Klebang.

    Rasanya memang sedap dan amat menyamankan. Terdapat menu lain yang anda boleh cuba disini.


    Alamat : Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang BEsar (Jalan Klebang BEsar), 75250 Klebang Besar, Melaka
    Waktu Operasi : 11:30 am – 6:30 pm


    Nasi Gunting Haji Awal


    Kalau anda mahu mencuba menu yang lain daripada yang lain untuk makanan tengahari dengan harga yang berpatutan, bolehlah anda singgah di nasi gunting Haji Awal yang terletak di tingkat 1 di Pasar Besar Melaka.







    Nama nasi gunting ini diberi nama kerana lauk pauknya akan digunting kecil-kecil sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Lauk pauk disini lebih kepada limpa, perut, paru dan daging dan dimakan dengan kari yang rasanya unik.

    Nasi gunting memang sudah lama bertapak di Melaka sejak era 50 an lagi dan merupakan perniagaan turun temurun keluarga dan pastinya tiada di destinasi lain.


    Alamat : MI38 Pasar Melaka Sentral, Melaka Sentral, Melaka
    Waktu Operasi : 8:30 am – 1:00pm


    Medan Ikan Bakar Melaka







    Tak sahlah kalau ke Melaka kalau tidak ke Medan Ikan Bakarnya. Melaka sangat popular dengan medan ikan yang menarik untuk anda makan malam. Antara 4 medan ikan bakar Melaka yang paling popular adalah :



    1. Ikan Bakar Parameswara di Umbai
    2. Ikan BAkar Sungai Duyong
    3. Medan Ikan Bakar Serkam
    4. Medan Ikan Bakar Alai di Crystal Bay



    Eejiban Chicken Rice Ball






    Restoran ini amat terkenal dengan nasi ayam bebolanya. Kedai ini terletak tak jauh dari Bandar Hilir. Kebanyakan kedai adalah non-halal kecuali satu kedai nasi ayam HALAL ni, Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball yang terletak di Taman Melaka Raya.
    Pernah direview oleh JJCM dan Mad Market oleh Hanis Zalikha.


    Alamat : No.275, Jalan Melaka Raya 3.

    Jalan-Jalan Ke Melaka Sambil Singgah Makan di Tempat Makan Best Di Melaka


    Selain tempat-tempat di atas, terdapat banyak lagi tempat makan best di Melaka yang boleh anda cuba. Kini bukan setakat tempat bersejarah menjadi sebab untuk mengunjungi Melaka malahan makanannya.

    Jangan lupa untuk mencuba pelbagai pilihan makanan bila ke sini di samping mengunjungi tempat perlancongan.


    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  2. #2
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2017
    Posts
    6
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    wih, bisa dipertimbangin nih buat salah satu destinasi wisata kuliner, selain perut kosong, juga harus prepare budget tentunya..
    Pusat Peralatan Restoran dan Kitchen Equipment Untuk Kebutuhan Hotel & Restoran

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •