Sesudah tamatnya Wilayah Internatinal Motofest (WIM) pada Februari 2018 penunggang-penunggang sekali lagi akan berkumpul menyertai Minggu Permotoran Malaysia (MBW 2018) yang akan berlansung di Taman Ekspo Pertanian Malaysua (MAEPS) Serdang Pada 23 hingga 25 Mac 2018 ini.




Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata MBW 2018 adalah program jambori permotoran terbesar di negara ini yang julung kali diadakan, sekali gus dijangka menjadi acara tahunan.


Beliau yang juga Setiausaha Kerja UMNO berkata, program itu adalah cetusan idea dan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi selaku Pengerusi Eksekutif GPMOTO untuk menghimpunkan penunggang motosikal pelbagai kategori dan jenama iaitu `Superbike, `Easy Rider’, `kapcai’, klasik, Vespa dan `Lady Bikes’.


“Selain peserta tempatan kita juga menjemput penyertaan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penganjuran MBW 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.


Ahmad Zahid dijangka merasmikan program itu pada 24 Mac depan.
Objektif MBW 2018 adalah menggabung dan merapatkan semua Persatuan Permotoran Malaysia bagi memupuk nilai peribadi dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan `bikers’ di segenap peringkat umur.








Acara itu juga memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk mempromosi produk permotoran tempatan serta membantu individu menjual dan membeli motosikal pada harga terpakai.


Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, sebanyak 30 motosikal jenama Yamaha Y15ZR bakal dihadiahkan kepada pengunjung melalui cabutan bertuah, selain pengunjung berpeluang memenangi aksesori motosikal.


Pertandingan motor tercantik setiap kategori dan `Bikers Fashion Show’ yang dinilai dari segi pemakaian sempurna, cantik dan menarik.


“Ceramah agama juga diadakan sebagai pengisian rohani kepada peserta, selain sembang santai bersama personaliti tanah air dan `ikon bikers’ berpengalaman dalam industri permotoran,” katanya.



Maklumat acara:
Tempat
: Taman Ekspo Pertanian Malaysua (MAEPS) Serdang
Tarikh : 23 hingga 25 Mac 2018
Penyertaan : 100,000 – peserta
Peraduan: 30 motosikal – cabutan bertuah






©️ Berita harian.