GALAKSI VIRAL - Radio kereta rosak ? Nak tukar atau baiki tapi bajet limited ? Rasa bosan sebab takde muzik dalam kereta ? GV ada satu cara alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Ini untuk sesiapa yang berminat nak dengar muzik tanpa perlu menggantikan radio kereta yang sudah rosak itu dengan bajet lebih mahal.







Rasanya mesti dah ramai tahu kan produk Radio MP3 Player yang banyak dijual secara online, pasar malam dan pasar downtown kan. Kalau yang belum tahu, GV terangkan sikit mengenai produk ini. Radio MP3 Player ini adalah mini radio mudah alih yang turut mempunyai fungsi untuk mainkan lagu dalam format MP3. Mini radio ini adalah sebesar tapak tangan orang dewasa ini sebenarnya boleh je digunakan sebagai pengganti kepada radio kereta yang rosak itu. Ada bermacam-macam warna seperti merah, biru, hijau, emas, kuning, dan hitam. Volume radio ini memang sangat kuat. Dan paling best, kita boleh dengar lagu pilihan kita sendiri dengan simpan lagu dalam pendrive sendiri dan mainkannya di mini radio ini. Namun, hanya lagu format MP3 saja boleh dimainkan. Mini radio ini juga boleh dicas dengan menggunakan wayar USB di pc/lappy/plug. Mini radio ini lazimnya ada dua kategori, satu yang tiada disertakan ayat Al-Quran dan satu lagi ada yang disertakan sekali ayat Al-Quran.



Kalau mahu baca dengan lebih lanjut, jom rujuk sumber rujukan ini >>KERETA RADIO ROSAK ? JOM GUNA MINI RADIO KERETA YANG MENJIMATKAN INI.