Bila sebut pasal decathlon, tak semua mengetahui pasal kedai sukan terbesar yang berasal dari paris kan? Mesti semua akan ingat decathlon salah satu acara dalam kemasukan sukan olimpik. Di sini apa yang saya cuba sampaikan bukan sekadar atau acara sukan yang terkenal tapi pembukaan kedai decathlon di malaysia. Decathlon ini sebenarnya bermula pada tahun 1976 dan telah dibangunkan oleh Michel Leclercq. Misi Michel adalah untuk mewujudkan sebuah gudang peralatan sukan yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh semua orang diserata dunia. Kini, decathlon store telah meluaskan sayapnya dan akhirnya telah membuka kedai pertamanya di Malaysia. Lokasi decathlon ini berada di Damansara dan dengar khabar angin, mereka menjual peralatan sukan yang berkualiti dengan harga yang sangat mampu milik! Syok kan.

Untuk thread kali ini saya nak buat sedikit poll sebenarnya untuk project assignment mengenai decathlon sports di serata dunia jadi jika anda pernah membeli peralatan sukan di kedai decathlon nyatakan pandangan anda mengenai servis dan juga kualiti barangan tersebut.

Adakah barangan sukan di decathlon berkualiti dengan harga mampu milik?