Results 1 to 6 of 6

Thread: Benam mayat dalam perigi

  1. #1
    Senior Member
    wan_speed's Avatar
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    #3 NeGerI UtAra
    Posts
    887
    Post Thanks / Like

    Benam mayat dalam perigi

    ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas mati dalam keadaan menyedihkan apabila kepalanya dipukul dengan objek keras dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sedalam enam meter di rumahnya sendiri di Bukit Sebang, di sini. Bagi mengelak mayat Yau Fook San, 68, ditemui, penjenayah terbabit menggunakan enam kusyen untuk menindih dan menutup mayat mangsa dalam perigi itu. Mayat Yau ditemui selepas ahli keluarganya dari ibu negara datang ke rumah itu apabila gagal menghubungi telefon bimbit mangsa, jam 4.20 petang kelmarin. Difahamkan, perkara itu disedari jiran terdekat yang tidak melihat kelibat tukang cat itu sejak beberapa hari lalu, sebelum memaklumkan kepada keluarga mangsa. Sejurus tiba, beberapa ahli keluarga mendapati rumah setingkat itu dalam keadaan berkunci dan mereka memanggil nama mangsa, tetapi tidak berjawab. Mereka kemudian masuk mencari mangsa dan mendapati kusyen di rumah itu hilang selain ternampak kesan darah pada peti sejuk, lalu menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian. “Hasil pemeriksaan, didapati bahagian dalaman rumah mangsa dalam keadaan kemas dan tersusun, namun ketika memeriksa ruang dapur, polis mendapati sebuah perigi yang ada di situ mengandungi enam kusyen. “Selepas semua kusyen itu dibawa keluar, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mukanya terbenam ke dalam air,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Superintendan R Gunarajan. Menurutnya, polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah untuk mengeluarkan mayat mangsa berikutan saiz perigi yang terlalu sempit. Umar berkata, beberapa kesan luka ditemui di kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras sebelum mangsa dicampak ke dalam perigi terbabit.

  2. Dislikes MiseRy Freak disliked this post
  3. #2
    Senior Member

    CoKeLaT CoMeL's Avatar
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    3,077
    Post Thanks / Like
    ohh..ngeri...

  4. #3
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    jenayah rompak ade dimane2 skg..target org tua plk skrg.mentang2 org tua lemah xleh melawan..
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


  5. #4
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    kesihanilah warga tua...


  6. #5
    Senior Member
    amd_investigator's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Posts
    563
    Post Thanks / Like
    sadis dan kejam




  7. #6
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2016
    Posts
    5
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    berita yang mengerikan, kenapa dijaman yang serba maju ini pembunuhan semakin banyak ya

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •