Results 1 to 1 of 1

Thread: :: Telur Pindang Warisan Masakan ::

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    :: Telur Pindang Warisan Masakan ::



    Telur pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutama di negeri Johor. Ianya merupakan telur yang direbus bersama 'air herba' selama beberapa hari dan telur pindang juga boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih atau sebulan jika dijaga dengan rapi, sama ada melalui masakan dan juga penyimpanan yang elok.


    Telur pindang yang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa serta warna yang unik, juga dapat menaikkan keinginan untuk menjamunya. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya.

    mungkin di sini ada di antara korang yang tahu pasal telur pindang ni apa dia kann...?? ada juga yang pernah dengar pasal telur pindang, tapi tak pernah makan lagi sebab ada sesetengah tu kata tak reti makan ...

    korang pernah rasa tak...telur ni mmg femes kat Johor...org Johor mmg tahu...selalu kenduri kawen mesti ada telur pindang ni...












    Ya, puan2....mula2 telur2 tu hendaklah dibasuh terlebih dahulu....bersihkan le benda2 asing yang terlekat kat kulit telur tu... tak tergamak le kami nak masak terus telur2 tu bersama2 dengan benda2 asing tu....




    Pastu masukkan le telur2 tu ke dalam poyok yang telah dialaskan dengan berjenis2 daun.... pastikan bahagian shape telur yang runcing tu ke bawah... lupa pulak nak tanya maktok kenapa kena buat camtu....




    Sebelum tu pastikan anda jumpa poyok yang bersaiz besar gedabak camni agak2 muat sampai 1000 biji telur le....Oh ya... daun2 yang digunakan ialah daun jambu batu, daun pokok senduduk, daun serai, daun lengkuas, daun pandan, daun salam dan lain2.




    Susun le telur tu satu persatu dengan berhati-hati supaya tak pecah....Waduh...memang jenuh le proses menyusun telur2 ni....lenguh tangan dan sakit pinggang dibuatnye....




    Haa... dah siap.... tapi ni baru siap susun selapis jer ni...ada banyak lapis lagi...




    Dah siap selapis, lapikkan le lagi dengan berbagai2 jenis daun tu dan teruskan le proses menyusun telur tu selapis demi selapis.




    Sementara proses menyusun telur dilakukan....kisar rempah2 nya iaitu ketumbar, jintan manis, dan jintan putih..



    Lepas dah blend campurkanle kesemuanya bior sebati.....kalau untuk 1000 biji telur, ketumbar yang diperlukan ialah 1 kg manakala untuk jintan manis 1/2 kg dan jintan putih 1/2 kg.



    Pastu ketuk lengkuas2 dengan tukul besi supaya hancur sikit2.... Haa laa...kena le pakai tukul besi sebab lengkuas tu teramatlah kerasnye....




    Lapisan telur yang tengah tu taburkan le kulit2 bawang merah dan kulit bawang putih, lengkuas yang dah diketuk dan campuran jintan dan ketumbar. Eloknya kulit bawang tabur di tiap2 lapisan telur....tapi kulit bawang yang ada macam sikit pulak...so tak cukup nak letak tiap2 lapis...dapat lapisan yang tengah pun jadi le....patutnya taburkan juga serai tapi serai tak di provide pulak oleh Anjang...so tak yah pakai serai le...




    Lapisan yang akhir tu tutupkan le telur2 dengan campuran daun2 yang selebihnya. Pastu taburkan pulak garam kasar 1 kampit besor dan lebihan campuran jintan dan ketumbar tadi....




    Akhir sekali...isikan poyok dengan air sampai ponuh.....


    Selain daripada tu tuangkan juga sebotol besar kicap dan sebotol besar air asam jawa (atau pun sekampit besar asam jawa diperah dengan air dan masukkan dengan biji2nya sekali.)


    Akhir sekali... bolehlah dihidupkan api tungku gas untuk dijerang poyok telur kita..... bukak api bior pelan aje...kalau panas sangat kang retak telur2 tu kang....Rebus le telur2 tu selama 3 hari.... tapi tak le berterusan...malam tutup api.....pagi bukak api.....kalau malam bukak api.....pagi tutup balik api....pastu bukak balik.....sampai le hari ketiga.....maka masak ranumlah telur pindang kita..... so...pada pagi hari Sabtu, api poyok pun ditutup le....petang nye pulak bila air dalam poyok dah sojuk bolehlah di keluarkan telur2 tu...

    Ni le ruper nye telur pindang yang telah siap....


    Maka bolehlah dikeluarkan dan dibersihkan sampah2 daun dan rempah2 yang melekat pada telur2 tu.... bermulalah lagi sekali proses menyusun tapi susun ke dalam bekas telur pulak...






    Credit











    Last edited by lolly lilly; 24-05-16 at 06:59 PM.
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •