Results 1 to 3 of 3

Thread: ~Padah Tahan Kencing, Messi Kena Batu Karang Di Ginjal~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~Padah Tahan Kencing, Messi Kena Batu Karang Di Ginjal~


    MADRID – Pemain terbaik dunia sebanyak lima kali, Lionel Messi dari Argentina dilaporkan sedang menjalani rawatan bagi masalah batu karang pada buah pinggangnya, menurut agensi berita AFP pada Selasa.

    Masalah tersebut menyebabkan bintang bola sepak Sepanyol itu tidak ‘turun padang’ dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA pada Disember tahun lalu, menurut kenyataan kelab bola sepak Barcelona.

    Messi, menjalani pelbagai ujian pada 8 dan 9 Februari untuk memeriksa masalah “renal colic“, iaitu kesakitan pada bahagian perut yang biasanya disebabkan oleh masalah batu karang yang dihadapinya tahun lalu.

    Beliau dijangka kembali beraksi pada Rabu, apabila skuad Barca bakal berentap dengan kelab tempatan, Valencia dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir piala Copa del Rey.

    Penerima anugerah Ballon d’Or FIFA atau Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia sebanyak lima kali itu dilaporkan menerima rawatan litotripsi, iaitu kaedah gelombang kejutan ultrabunyi untuk menghapuskan batu karang.


    “Pembedahan ini biasanya mengambil masa antara 45 minit sehingga sejam dengan pesakit perlu diberikan ubat pelali atau dalam sesetengah kes, bius anestesia,” lapor akhbar tempatan Mundo Deportivo.

    Messi yang berusia 28 tahun mengalami masalah “renal colic“, yang biasanya disebabkan batu karang pada ginjal semasa berada di Jepun pada Disember lalu. Lazimnya ia timbul akibat sikap suka menahan kencing.

    Ini turut menyebabkan beliau terpaksa tidak beraksi dalam perlawanan separuh akhir antara Barcelona dengan Guangzhou Evergrande dari China, yang mujur akhirnya dimenangi oleh Barca.

    Messi sembuh tepat pada masanya apabila sempat beraksi dalam perlawanan akhir dengan Barca menumpaskan River Plate dari Argentina 3-0 malah menjaringkan gol pembukaan perlawanan itu.



    Sumber - Agensi/Mynewshub.cc/HAA
    Last edited by lolly lilly; 10-02-16 at 04:35 PM.
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  2. #2
    Senior Member

    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    2,703
    Post Thanks / Like
    Jangan tiru Messi ye lolly

  3. #3
    Senior Member
    heaven8846's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    1,830
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •