Page 3 of 12 FirstFirst 12345 ... LastLast
Results 21 to 30 of 114

Thread: Tutorial Analisa Saham Bursa Malaysia - Historical Data

  1. #21
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – HEVEA (9 Jul 2014 ~ 2 Mar 2015)

    HEVEA membentuk Double Bottom (DB) base. DB base ini jarang sekali kita jumpa, tapi potensinya untuk naik apabila saham breakout daripada jenis base ini adalah tinggi. Ciri utama DB base adalah dia mempunyai 2 bottom. Dan bottom yang kedua MESTI jatuh lebih rendah daripada bottom pertama. Jika kriteria ini tidak dipenuhi, maka base tersebut bukan DB base.

    SUMMARY
    Saham : HEVEA
    Untung/(-Rugi) : 39.58%
    Tempoh pegangan : 47 hari
    Sebab jual : LSDD

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/04/an...14-2-mar-2015/

  2. #22
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – DAYA (28 Aug 2013 ~ 20 Jan 2014)

    Sebanyak-banyak kaedah jual/beli saham yang kita cari, tak akan memberi manfaat kepada kita jika kaedah itu kita langsung tak guna. Sekurang-kurangnya jika masih tak yakin lagi untuk berurusan jual/beli saham, boleh pakai trading demo (Maybank Online Share & CIMB ada fasiliti ini. Bank-bank lain pun ada & kena tanya bank berkenaan). Memang ada perbezaan ketara ilmu saham yang kita dapat tapi tak praktik dengan ilmu saham yang kita praktik. Kita boleh rasa mainan emosi dalam real time apabila kita mencuba satu-satu kaedah dengan berjual/beli saham secara real. Pengalaman dan emosi yang kita dapat daripada berurusan jual/beli saham itu memang tak dapat nak digambarkan dalam mana-mana buku, sebab setiap orang adalah unik. Jadi untuk kita kenalpasti samaada kita ini boleh berkecimpung dalam bidang saham, KENA CUBA! Belum cuba belum tahu!

    SUMMARY
    Saham : DAYA
    Untung/(-Rugi) : -4.82%
    Tempoh pegangan : 5 hari
    Sebab jual : STOP LOSS

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/05/an...3-20-jan-2014/

  3. #23
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – PUNCAK (28 Nov 2011 ~ 9 Feb 2012)

    Dalam contoh saham PUNCAK, sebaik sahaja kita jual, saham mencanak-canak naik keesokkan harinya. Mesti kita akan rasa rugi yang teramat sangat sebeb kita boleh untuk leih 20% daripada kenaikkan mendadak tu. Jangan berasa rugi sebab dalam ramai-rmai pelabur tak ramai yang boleh buat duit sebab ramai yang akan beli masa nampak saham tengah naik mendadak. Kebiasaannya untuk orang yang tak ada kaedah untuk main saham dan hanya ikut cakap-cakap orang, mereka inilah yang akan beli semasa saham sedang mencanak-canak naik. Dan kemudian berharap sangat saham akan terus naik seperti sebelumnya. Namun dalam contoh saham PUNCAK, saham jatuh semula dan terus jatuh hingga hampir kepada harga belian kita pada 0.735. Jadi jangan risau dan rasa rugi. Mungkin jika kita tak ada kaedah main saham yang betul, mungkin kita akan jadi macam orang kebanyakkan.

    SUMMARY
    Saham : PUNCAK
    Untung/(-Rugi) : 14.97%
    Tempoh pegangan : 14 hari
    Sebab jual : 3RUDS

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/05/an...11-9-feb-2012/

  4. #24
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – SERSOL (20 Nov 2011 ~ 10 Feb 2012)

    Amat jarang kita berjumpa dengan saham yang naik begitu tinggi dan dalam masa yang begitu singkat, seperti saham SERSOL ini. SERSOL naik mendadak dalam 2 hari kemudian menghasilkan sell signal pada hari ke 3 selepas BREAKOUT. Daripada contoh SERSOL ini, saya nak tunjukkan yang CUP BASE yang SERSOL naik selepas BREAKOUT, jika diperhati lebih mendalam, merupakan sebahagian daripada BASE yang lebih besar iaitu CWH BASE. Namun kita tidak consider CWH itu sebagai BASE yang valid sebab kedalaman CWH (lihat pada price bar dalam kotak dalam image di bawah) melebihi limit kita iaitu lebih -40% untuk dikira sebagai BASE yang valid.

    SUMMARY
    Saham : SERSOL
    Untung/(-Rugi) : 55.81%
    Tempoh pegangan : 2 hari
    Sebab jual : TRAILING STOP

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/05/an...1-10-feb-2012/

  5. #25
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – HOMERIZ (16 Dec 2014 ~ 4 Mar 2015)

    Sell signal 3RUDS kali ini hanya mencatatkan sedikit kerugian berbanding keuntungan yang selalu diperoleh apabila sell signal ini timbul. Namun, yang baiknya adalah kita sudah lepaskan pegangan saham ini disebabkan untuk hampir 3 bulan, HOMERIZ dalam proses membuat BASE. Sementara HOMERIZ melengkapkan BASEnya, kita boleh cari saham-saham berpotensi lain hasil daripada jualan saham HOMERIZ. Kemudian kembali semula membeli HOMERIZ sebaik sahaja BASEnya siap dan mengalami BREAKOUT (arrow #1).

    SUMMARY
    Saham : HOMERIZ
    Untung/(-Rugi) : -2%
    Tempoh pegangan : 8 hari
    Sebab jual : 3RUDS

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/06/an...14-4-mar-2015/

  6. #26
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – XDL (25 Jun 2013 ~ 22 Jan 2014)

    Sangat-sangat ditekan di sini, setiap kali ingin bergelumang dengan saham, perlu ada kaedah jual/beli saham. Secara ringkasnya kaedah itu terbahagi kepada 3 bahagian:
    1. Kaedah pilih saham
    2. Penentuan harga beli
    3. Penentuan harga jual
    Ketiga-tiga perkara ini perlu ada sebelum kita sentuh mana-mana saham yang kita berkenan. Penekanan perlu dibuat pada perkara ke-3 iaitu penentuan harga jual. Inilah yang menentukan samaada kita untung atau rugi atau terus berhenti daripada jual/beli saham. Dengan erti kata lain, kena ada EXIT STRATEGY. Dalam contoh XDL, salah satu EXIT STRATEGY saham XDL adalah TRAILING STOP iaitu jika harga jatuh 12% daripada aras tertinggi. Mana-mana EXIT STRATEGY yang dicapai dahulu, itulah harga saham yang kita kena jual. Jangan berlengah-lengah lagi untuk tak jual.

    SUMMARY
    Saham : XDL
    Untung/(-Rugi) : 76.47%
    Tempoh pegangan : 30 hari
    Sebab jual : TRAILING STOP

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/06/an...3-22-jan-2014/

  7. #27
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – MAHSING (18 May 2012 ~ 26 Mar 2013)

    MAHSING menghasilkan BASE pattern yang dikenali sebagai Cup With Handle (CWH). CWH BASE yang MAHSING hasilkan agak tidak teratur namun masih valid sebagai CWH BASE. Untuk CWH BASE, pivot point adalah diambil pada pangkal HANDLE dalam CWH BASE tersebut dan ditambah 1 sen.

    SUMMARY

    Saham : MAHSING
    Untung/(-Rugi) : 0.74%
    Tempoh pegangan : 19 hari
    Sebab jual : TRAILING STOP

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.

    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/06/an...2-26-mar-2013/
    Last edited by ipins; 06-01-16 at 11:32 PM.

  8. #28
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – SALCON (29 Sept 2011 ~ 10 Feb 2012)

    SALCON membina BASE berbentuk CUP. Tapi bila diperhati, SALCON membila handle pada sebelah kiri CUP tersebut. Jika BASE ada HANDLE MAKA pattern ini adalah pattern BASE untuk CWH. Namun HANDLE tersebut tidak valid disebabkan keseluruhan struktur HANDLE berada di bawah separuh kedalaman BASE tersebut. HANDLE dalam BASE sepatutnya berada tinggi tetapi di bawah aras tertinggi pada keseluruhan struktur BASE ini.

    SUMMARY
    Saham : SALCON
    Untung/(-Rugi) : -1.67%
    Tempoh pegangan : 1 hari
    Sebab jual : TRAILING STOP

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/07/an...1-10-feb-2012/

  9. #29
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – GAMUDA (26 Sept 2011 ~ 13 Feb 2012)

    GAMUDA menghasilkan BREAKOUT pada 10/1/2012 dan bukannya pada 3/1/2012 (arrow #1). Ini disebabkan BREAKOUT VOLUME pada 3/1/2012 tidak mencapai kriteria yang sepatutnya dicapai semasa BREAKOUT. Jadi tidak rugi untuk menunggu sedikit masa lagi sebelum saham betul-betul BREAKOUT dan naik. Satu lagi pemerhatian, GAMUDA semacam membuat bentuk DOUBLE BOTTOM BASE. Namun, jika dilihat low pada arrow #2 & #3, low pada #2 berada di atas low #3. Kriteria DOUBLE BOTTOM (DB) BASE yang terpenting sekali adalah low pada #2 MESTI di bawah low #3. Namun begitu, GAMUDA membuat CUP BASE yang baik.

    SUMMARY
    Saham : GAMUDA
    Untung/(-Rugi) : 10.92%
    Tempoh pegangan : 34 hari
    Sebab jual : 3RUDS

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/08/an...1-13-feb-2012/

  10. #30
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Analisa Saham Bursa Malaysia – GAMUDA-WD (26 Sept 2011 ~ 14 Feb 2012)

    Pergerakan naik GAMUDA-WD, daripada BREAKOUT hingga sell signal sangat-sangat sama dengan saham induknya, GAMUDA. Cuma yang bezanya adalah dari segi keuntungan yang diperolehi. Warrant GAMUDA ini (GAMUDA-WD) menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi berbanding induknya GAMUDA. Ini disebabkan nilai warrant yang lebih kecil jika dibandingkan dengan harga saham GAMUDA. Jadi, jika 1 sen kenaikkan untuk saham yang harganya RM3 adalah 0.333%, bagi saham warrant berharga RM1, 1sen kenaikkan bersamaan dengan 1% kenaikkan. Kenaikkan 3 kali ganda berbanding saham induk bagi nilai kenaikkan yang sama.

    SUMMARY
    Saham : GAMUDA-WD
    Untung/(-Rugi) : 23.73%
    Tempoh pegangan : 35 hari
    Sebab jual : 3RUDS

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2016/01/08/an...1-14-feb-2012/

Page 3 of 12 FirstFirst 12345 ... LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •