Page 1 of 12 12311 ... LastLast
Results 1 to 10 of 114

Thread: Tutorial Analisa Saham Bursa Malaysia - Historical Data

  1. #1
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like

    Tutorial Analisa Saham Bursa Malaysia - Historical Data

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

    Saya buka thread ni sekadar nak kongsi ilmu analisa saham terdahulu berdasarkan data-data saham yang lepas-lepas. Banyak lagi kaedah lain nak analisa saham kat luar tu. Dan mungkin lebih baik daripada kaedah ini. Kalau ada komen, minta tunjuk ajar. Harap dapat beri manfaat pada semua.

    Selamat belajar...


    Analisa Saham Bursa Malaysia – REDTONE (12 Aug 2012 ~ 21 Jan 2013)

    Perlu sentiasa diingat bahawa, setiap yang naik akan jatuh. Sebaliknya, setiap yang jatuh akan naik. Semua ini adalah putaran atau cycle yang mana manupakan basic kepada kitaran hidup kita. Sepertimana adanya malam dan siang silih berganti, dalam pasaran saham juga begitu. Jadi jika trend sekarang menaik, trend itu tidak akan selama-lamanya menaik. Akan sampai masanya trend pasaran akan berubah. Cuma sifat manusia sukar menerima perubahan kecuali bila sudah terlambat.


    SUMMARY
    Saham = REDTONE
    Untung/(-Rugi) = -4.71%
    Tempoh pegangan = 7 hari
    Sebab jual = TRAILING STOP

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)






    Artikel asal di: http://www.epinula.com/2015/12/25/an....vg1nxOJL.dpuf

  2. #2
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – VERSATL (25 Nov 2011 ~ 19 Jan 2012)

    SUMMARY
    Saham = VERSATL
    Untung/(-Rugi) = 10.87%
    Tempoh pegangan = 9 hari
    Sebab jual = TRAILING STOP

    Perkara asas dalam pemilihan saham adalah pertama sekali apa yang perlu kita cari adalah minat belian daripada pelabur. Ini dapat dikesan daripada KENAIKKAN sebelum saham buat BASE. Kemudiannya, saham akan berhenti naik dan membuat BASE. Asalkan kejatuhan dalam BASE tersebut tidak tinggi bermakna majoriti masih memegang saham dan tak ramai yang jual dalam tempoh BASE tersebut. Kemudiannya, kuasa belian mula timbul kembali dan ini dikenalpasti melalui BREAKOUT.

    Jadi kesimpulannya, untuk kenalpasti saham berpotensi naik :

    1. kenalpasti ada kenaikkan sebelum itu
    2. Saham menghasilkan BASE, dan kemudian
    3. BREAKOUT



    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Analisa asal di sini: http://www.epinula.com/2015/12/26/analisa-saham-bursa-malaysia-versatl-25-nov-2011-19-jan-2012/

  3. #3
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – BARAKAH (7 Jan 2015 ~ 24 Feb 2015)

    SUMMARY
    Saham = BARAKAH
    Untung/(-Rugi) = 0.99%
    Tempoh pegangan = 15 hari
    Sebab jual = TRAILING STOP

    Apa yang kita buat sekarang dalam analisa saham, mencari saham yang berpotensi naik, adalah secara amnya kita mengenalpasti corak atau pattern pergerakkan saham terbabit. Pattern seperti CUP, CUP WITH HANDLE, FLAT BASE, DOUBLE BOTTOM dsb, merupakan usaha kita untuk kenalpasti pattern pergerakan saham sebelum saham tersebut naik. Tetapi ada satu lagi faktor terpenting yang kita masih belum tahu dan faham yang selalunya tidak diambilkira dalam analisa saham. Iaitu MASA.

    Setiap sesuatu perkara seperti saham ada masa naik dan ada masa turun. Buat masa ini, kita belum lagi sampai tahap yang membolehkan kita jangkakan dengan tepat bila sebenar-benarnya saham akan naik dan turun. Jika kita tahu kedua-dua perkara ini, iaitu pattern recognition dan masa, maka pasaran saham itu boleh jadi mesin ATM kita. Bila-bila masa kita boleh buat duit bila kita nak.

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)







    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2015/12/26/an...5-24-feb-2015/

  4. #4
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – BRAHIMS (30 Sept 2013 ~ 13 Jan 2014)

    SUMMARY
    Saham : BRAHIMS
    Untung/(-Rugi) : 22.53%
    Tempoh pegangan : 18 hari
    Sebab jual : 3RUDS

    Tak ada teknik jual beli saham yang 100% boleh beri keuntungan setiap kali. Memang mustahil, dan jika ada orang claim yang dia boleh dapat keuntungan setiap bulan secara konsisten, memang sah itu skim cepat kaya. Urusniaga saham macam juga bisnes biasa. Ada untung dan ada risiko untuk rugi.

    Jika kaedah yang kita gunakan itu dari segi statistiknya hanya 40% membawa keuntungan, itu sudah cukup bagus asalkan kerugian pada baki 60% dapat kita minimakan menggunakan STOP LOSS dan TRAILING STOP.

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.

    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2015/12/26/an...3-13-jan-2014/

  5. #5
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – AMCORP (30 Apr 2012 ~ 21 Jan 2013)

    SUMMARY
    Saham : AMCORP
    Untung/(-Rugi) : 12.64%
    Tempoh pegangan : 14 hari
    Sebab jual : TRAILING STOP

    Sebaik sahaja kita beli mana-mana saham, mungkin atas sebab-sebab yang di luar kemampuan kita atau kadang-kadang sebab kita salah pilih saham, saham tersebut jatuh. Untuk mengelakkan daripada mengalami kerugian besar, STOP LOSS mesti ditetapkan awal-awal lagi sebelum kita beli mana-mana saham. STOP LOSS adalah harga jual di bawah harga yang kita beli beli (rugi) dan seterusnya kerugian maksimum yang kita sanggup tanggung sebelum keadaan jadi semakin buruk untuk saham terbabit.

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini:http://www.epinula.com/2015/12/27/an...2-21-jan-2013/

  6. #6
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – MRCB (6 Jan 2015 ~ 25 Feb 2015)

    SUMMARY
    Saham : MRCB
    Untung/(-Rugi) : -4.93%
    Tempoh pegangan : 9 hari
    Sebab jual : STOP LOSS

    Sebaikmana analisa yang kita buat masih lagi kita tidak boleh nak jangkakan apa yang pasaran akan buat. Pasaran tidak hiraukan siapa kita dan apa yang kita jangkakan. Semuanya itu tak memberi kesan kepada pasaran dan akhirnya pasaranlah yang akan beritahu kita apa yang akan dia buat. Sebab itu kena ada STOP LOSS dan TRAILING STOP. Kedua-duanya itu sebagai safety net.

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2015/12/27/an...5-25-feb-2015/

  7. #7
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – MAYBULK (15 Dec 2014 ~ 25 Feb 2015)

    Akan ada ketikanya nanti, saham-saham yang kita beli satu persatu jatuh mencecah STOP LOSS. Dan kita terpaksa jual satu persatu dan mengalami kerugian. Itu bukan bermakna kita silap pilih saham, asalkan kita sudah buat analisa yang sepatutnya. Ini adalah disebabkan keadaan pasaran secara keseluruhannya lemah dan mula jatuh. 3 daripada 4 saham akan ikut arah pasaran. Jika pasaran jatuh, 3 daripada 4 saham akan turut jatuh. Jadi iktu sahaja apa peraturan yang kita buat dan jangan sekali-kali terpesong. Ikut sahaja arah pasaran dan apa pasaran sedang tunjukkan.

    SUMMARY
    Saham : MAYBULK
    Untung/(-Rugi) : -4.93%
    Tempoh pegangan : 26 hari
    Sebab jual : STOP LOSS

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini:http://www.epinula.com/2015/12/28/an...4-25-feb-2015/

  8. #8
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – DESTINI (14 Oct 2013 ~ 13 Jan 2014)

    KOMEN: Daripada contoh DESTINI di bawah, berapa lama saham perlu kita pegang adalah tidak berapa penting. Yang pentingnya adalah tindakan kita apabila saham tersebut keluarkan sell signal sebaik sahaja kita beli. Tindakan utama kita hanyalah ikut peraturan yang telah kita setkan awal-awal lagi terutamanya berkaitan harga STOP LOSS dan TRAILING STOP. Jika dalam satu hari saham naik dan kemudian jatuh mencecah TRAILING STOP kita, terus jual! Tak perlu tunggu sebab apa saham itu jatuh semula. Namun, banyak pelabur yang ‘fail’ ikut peraturan sendiri. Selaluya disebabkan ego.

    SUMMARY
    Saham : DESTINI
    Untung/(-Rugi) : 7.07%
    Tempoh pegangan : 3 hari
    Sebab jual : TRAILING STOP

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)







    Artikel asal analisa saham di sini:http://www.epinula.com/2015/12/28/an...3-13-jan-2014/

  9. #9
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like
    Analisa Saham Bursa Malaysia – INCKEN (30 Aug 2012 ~ 22 Jan 2013)

    Jika kita lihat pada contoh saham INCKEN, sebaik sahaja BREAKOUT, INCKEN tidak terus naik. Dia naik sedikit dan kemudianya turun semula dan pausing. Dengan tiba-tiba harga memecut naik 5 hari berturut-turut. Yang naik diceritakan di sini adalah bila masa saham mengalami kenaikkan mendadak, penurunannya juga adalah secara mendadak. Sebaik sahaja INCKEN topping pada 18/1/2013, INCKEN mengalami kejatuhan yang juga mendadak walaupun cuba naik semula tetapi tekanan jualan terlalu hebat dan INCKEN jatuh dan hampir menghilangkan keuntungan yang diperolehi semasa kenaikkan sebelum ini.

    SUMMARY
    Saham : INCKEN
    Untung/(-Rugi) : 20.96%
    Tempoh pegangan : 25 hari
    Sebab jual : 3RUDS

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.
    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2015/12/28/an...2-22-jan-2013/

  10. #10
    Senior Member
    Join Date
    Sep 2015
    Posts
    700
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Analisa Saham Bursa Malaysia – SUPERMX (18 Oct 2011 ~ 27 Jan 2011)

    Lagi satu contoh saham yang melonjak naik beberapa hari selepas BREAKOUT. Kenaikkan mendadak untuk beberapa hari sangatlah tidak sustainable, atau tak akan bertahan lama. Kebiasaanya saham yang naik mendadak akan turun mendadak. Namun jika saham tersebut jatuh sedikit atau mendatar, berkemungkinan saham tersebut akan naik semula. Namun keadaan ini jarang sangat berlaku. Sebab itu terus jual apabila sell signal seperti TRAILING STOP di trigger apabila saham telah naik tinggi dan jatuh semula.

    SUMMARY

    Saham : SUPERMX
    Untung/(-Rugi) : 7.18%
    Tempoh pegangan : 31 hari
    Sebab jual : TRAILING STOP

    Sila lihat carta dan table di bawah untuk keterangan lebih terperinci.

    (Klik carta untuk buka image pada window baru)




    Artikel asal analisa saham di sini: http://www.epinula.com/2015/12/29/an...1-27-jan-2011/

Page 1 of 12 12311 ... LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •