Results 1 to 4 of 4

Thread: Bagaimana Set Up Title Block Di Dalam Layout Space

  1. #1
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like

    Bagaimana Set Up Title Block Di Dalam Layout Space



    Bagaimana Set Up Title Block Di Dalam Layout Space Bagi Lukisan AutoCAD

    PART 1 - INTRO :



    Lukisan dibangunkan di dalam model space dengan skala 1:1

    Saiz title block bergantung kepada saiz kertas dan skala, yang mana perlu di-skala-kan bagi memuatkan lukisan ke dalamnya.

    Contoh : Title block pada kertas A1 - ISO Standard 841 x 594 (mm), dimensi title block adalah 801 x 554 (mm) - offset 20mm atau 15mm (acceptable).

    Di dalam model space :

    skala lukisan 1:1, dan kebiasaan skala title block 1:100 (untuk memuatkan lukisan tadi di dalam ruang title block.

    skala 1:1 - 801 x 554 (mm) --> skala 1:100 - 80100 x 55400 (mm)

    ...sambungan...

    PART 1 - INTRO : ...sambungan...

    Kaedah plot di model space sebenarnya tidaklah menjadi kesalahan, tetapi kaedah begitu kurang tepat.

    Selain kaedah plot di model space, yang mana title block di dalam model space bersama-sama lukisan, terdapat kaedah plot di space layout yang akan ditunjukkan nanti.

    Ada langkah-langkah penyediaan bagaimana untuk kita set kan title block di layout space pada lukisan nanti. Berikut...

    Pada Part 2 - ISO Standard Size Paper & Dimension Title Block (offset) dan melukis title block pada skala 1:1

    Pada Part 3 - Configure layout space pada lukisan yang akan dimasukkan title block nanti.

    Pada Part 4 & Part 5 - viewport setting dan sebagainya.
    Last edited by Nett8; 14-02-15 at 09:22 PM.

  2. #2
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like
    PART 2 : Sediakan/Lukis Title Block



    Title Block dilukis pada skala 1:1 (landscape)

    A1 | 841 x 594 | 801 x 554 <-- (offset 20mm)

    Recommended offset :
    A2 | 594 x 420 | 584 x 410 <--(offset 10mm)
    A3 | 420 x 297 | 415 x 292 <--(offset 5mm)
    A4 | 297 x 210 | 294.5 x 207.5 <--(offset 2.5mm)


    Lukis Rectangular Paper Size, kemudian offset kan 20mm sebagai size title block.

    Lengkap text, logo, dan sebagainya mengikut standard title block.



    PART 3 :

    Set up title block di dalam layout space. Lukisan yang kita sediakan tadi kita perlu configure terlebih dahulu space layout mengikut standard A1 size.

    Pada menu bar pilih Insert > Layout > Create Layout Wizard

    Pada dialog box Create Layout bahagian Begin taipkan nama page1 atau (ikut kesesuaian, contoh : Level 1 etc...), kemudian pilih Next

    Pada bahagian printer pilih plotter yang digunakan, kemudian pilih Next

    Pada bahagian Paper Size pilih kertas yang dikehendaki dan pilih Drawing Units Milimeters. Kemudian pilih Next

    Pada bahagian Orientation pilih Landscape. Kemudian pilih Next

    ...bersambung...

    PART 3 : ...bersambung...

    Pada bahagian Title Block pilih None. kemudian pilih Next.(kita pilih None sebab kita dah sediakan Title Block awal tadi, dan kita akan masukkan nanti secara copy & paste ke dalam space layout ini)

    Pada bahagian Define Viewports pilih None. Kemudian pilih Next

    Pada bahagian Finish pilih Finish

    Kemudian paparan layout space akan terpapar

    Di dalam layout space ini kita perlu lukis rectangular bersaiz A1, iaitu 841 x 594 (mm) bertujuan untuk paste point bagi title block yang kita copy & paste daripada title block yang awal tadi. Selain itu, tujuan rectangular ini adalah guide pick point semasa kita plot nanti.

    Rectangular point (0,0) (841,594). (0,0) ini adalah point paste.

    Last edited by Nett8; 14-02-15 at 09:52 PM. Reason: offset title block

  3. #3
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like
    PART 4 :

    Dah siap rectangular di dalam space layout tadi, maka boleh copy title block dan paste ke dalam layout space mengikut paste point (0,0) tadi.



    Kaedah copy & paste title block ke dalam layout space, lebih memudahkan duplicate seberapa banyak layout space mengikut bilangan lukisan yang kita hendak set kan. Dan memudahkan edit terus pada title block yang ditampal (paste) di layout tersebut.



    PART 5 :

    Setelah title block siap ditampal (paste) ke dalam layout space, perlu kita enable kan menu viewport bagi memudahkan kita set viewport nanti.

    Untuk set kan lukisan ke dalam title block di layout space, gunakan command "mv" (tanpa quote) dan pick point penjuru atas ke penjuru bawah di dalam ruang title block.

    Setelah siap pick point tadi, maka akan terpapar ke semua lukisan yang ada di dalam model space. Gunakan zoom Pan Realtime untuk fokuskan lukisan yang kita hendak set kan. Gunakan menu viewport untuk setkan skala yang kita hendaki. Contoh - 1:100



    Duplicate kan layout kepada seberapa banyak yang kita perlukan. Klik kanan pada tab layout, klik Move or Copy dan check (tick) Create a copy, dan rename kan mengikut kesesuaian layout tersebut. Set kan semula lukisan di dalam viewport tadi mengikut skala yang boleh ditentukan.

    Dah siap set up viewport scale, cara untuk plot adalah seperti berikut...



    Setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih :

    # Mohd Nizam Abd Rahiman (sifu CKAS)
    # Abdul Rashid Bukhari (sifu photoshop)
    # Shaipul Nizam Mohamed Arshad (sifu subtitle)
    Last edited by Nett8; 14-02-15 at 10:15 PM.

  4. #4
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Nota Tambahan :

    rujuk Part 5, selepas kita taip command "mv" (rectangular viewport) dan kita pick point penjuru atas ke penjuru bawah ruang title block, selepas itu akan terpapar kesemua lukisan masuk ke dalam petak rectangular tersebut.

    untuk fokus zoom pada satu satu bahagian yang kita nak setting, double klik ke bahagian petak rectangular tersebut, kemudian akan kelihatan bold line petak rectangular tersebut. bila nampak bold line tersebut, maka kita boleh guna fungsi zoom Pan RealTime untuk move (drag) kan bahagian lukisan, bila dah move (drag) lukisan align di tengah-tengah petak rectangular, kemudian pilih SCALE contohnya : 1:100 -- Contoh lihat video youtube

    dan drag zoom Pan RealTime untuk centre align di tengah-tengah ruang petak rectangular tersebut. dah siap, double klik bahagian luar daripada petak tersebut. siap... terima kasih -- lebihkan praktis, untuk lebih memahami
    Last edited by Nett8; 10-02-15 at 08:51 PM.

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •