Artis berbibir seksi ini pernah memenangi anugerah Oscar dalam film Girl, Interrupted (1999). Jolie adalah salah seorang artis terkenal Hollywood pada masa sekarang. Pelbagai penghargaan antarabangsa pernah diraih pasangan Brad Pitt ini. Banyak perkara menarik yang boleh dilihat dari Jolie, dan berikut adalah 10 perkara unik tentang artis kelahiran Los Angeles ini:


1. Jolie suka mengumpulkan koleksi pisau dan minat pada ilmu mortuary, iaitu ilmu tentang tubuh mayat melalui pratikal di bilik mayat.


2. Jolie memiliki banyak tato di tubuhnya, antara lain sebuah simbol Jepun yang bermakna kematian, dua simbol hitam runcing suku Indian Amerika, seekor naga, dan sebuah salib hitam besar. Jolie juga memiliki tato di perutnya yang ditulis dalam bahasa Latin “Quod me nutrit me destruit” (apa yang memelihara saya juga menghancurkan saya). Selain itu, ada juga tato di lengan kirinya bertuliskan kutipan Tennessee Williams, “A prayer for the wild at heart, kept in cages.” Pergelangan tangan kirinya juga ditato huruf “H”, yang merupakan inisial nama dua orang yang dekat dengannya, iaitu saudara laki-lakinya, James Haven, dan Timothy Hutton, bekas kekasihnya.


3. Namanya sering dimasukkan ke dalam media tentang wanita tercantik atau wanita terseksi oleh berbagai majalah dan surat kabar.


4. Pernah memiliki beberapa haiwan peliharaan reptil, antara lain dua ekor ular. Oleh kerana itu, Jolie tidak kekok ketika shoorting adegan ular dalam film Alexander (2004).


5. Pada Ogos 2005, Jolie diberi penghargaan berupa kewarganegaraan rasmi Kamboja oleh Raja Norodom Sihamoni atas usahanya dalam membantu masyarakat di sana.


6. Jolie memberikan patung Oscar, piala Golden Globe, piala SAG Awards, dan piala Critic Choice Award kepada ibunya. Ia merasa tidak mengharapkan pada penghargaan.


7. Jolie adalah peminat fanatik Liverpool F.C. kerana anaknya, Maddox, “hanya mahu bermain untuk Liverpool”.


8. Jolie sebenarnya kidal dan oleh sebab itulah senjata khusus dibuat untuk dipegang dengan mudah ketika berlakon dalam film Lara Croft: Tomb Raider (2001).


9. Ketika Jolie pertama kali menikah dengan Billy Bob Thornton, pasangan itu pindah ke sebuah rumah di Beverly Hills yang sebelumnya dimiliki oleh gitaris Guns N’ Roses, Slash.


10. Jolie menjalin hubungan dengan Brad Pitt sejak Mei 2005 dan mereka bertunang sejak April 2012. Mereka telah memiliki enam orang anak, tiga di antaranya adalah anak adopsi.

Banyak lagi perkara menarik tentang Angelina Jolie antaranya ialah koleksi pisau rahsia Angelina Jolie Dan 11 Lain-lain Fakta Menakjubkan Mengenai jolie, Baca disini