Handphone sudah popular di Malaysia sejak akhir tahun 90an. Sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android, sudah ada banyak HP-HP yang muncul dan menguasai pasaran telepon tangan pada masa itu. Mungkin kamu ingat atau mungkin masa itu anda baru lahir, saya akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali 5 handphone yang pernah popular pada zamannya!

5. Nokia 3210


Nipis dan cover setnya boleh diganti-ganti, Nokia 3210 adalah salah satu handphone paling popular di zamannya. Ia juga merupakan salah satu handphone paling laris sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada peperangan yang terinspirasi dari HP ini: Handphone apa yang boleh menjadi bom? tentunya Hp ini.

4. Ericsson T10


Sebelum mereka bergabung bersama Sony, Ericsson mencipta HP sendiri. Salah satu HP mereka yang paling popular adalah T10, sebuah HP flip yang warna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, coverset nya tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda ingin koleksi semua warna, anda harus beli semua HP-nya.

3. Nokia 8210


Pada zamannya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling cantik. Bodynya kecil, HP ini susah digunakan untuk SMS, apalagi untuk orang yang berjari besar. Dulu HP yang harganya paling mahal dan kebanyakan yang memiliki adalah orang yang berpendapatan lumayan.

2. Motorola RAZR


Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi mengikut design, Nokia tidak juga cantik kalau dibandingkan dengan Motorola RAZR. Dibanding Nokia, fungsi RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang hebat. Tipis dan kesannya elegannya. Orang-orang yang meminati Nokia di pasaran, biasanya berubah ke Motorola RAZR ini. Padahal sebenarnya HP ini juga mahal pada zamannya.

1. Nokia 5110


Dan inilah handphone yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang memiliki HP ini boleh menukar cover yang unik. Tapi fungsi ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling special sebenarnya dari Nokia 5110 ini adalah kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum era Angry Birds. Tapi zaman dulu, tinggi score Snake ini boleh mempengaruhi status sosial anda.


Apakah anda juga pernah memiliki salah satu dari 5 HP ini? Atau jangan-jangan anda pernah memiliki semuanya? Beza telefon dahulu dan sekarang perlu anda tahu disini