Iskh, ayat mudah je tuh...Ok2, saya cuba ringkaskan tetapi ada beberapa istilah jika diletakkan dalam Bahasa Melayu, lain jadinya.
Dalam artikel itu menyebut bahawa kes seperti yang anda lalui berkemungkinan disebabkan oleh:
- Bekalan kuasa - samada hampir rosak, akan rosak atau sememangnya tidak lagi cekap menyalurkan kuasa. Jika cakera keras tidak mendapat bekalan kuasa mencukupi, ia tidak dapat berputar cukup pantas untuk menghidupkan operasi tetapi ia dapat beroperasi apabila dicuba berulangkali kerana cakera telah berputar pada cubaan sebelumnya.
- Cakera keras - Sama seperti bekalan kuasa tetapi tidak lagi disebabkan oleh kuasa yang diberikan, ia berkaitan cakera keras hampir rosak, akan rosak atau sememangnya menanti belah. Ia masih mampu beroperasi setelah beberapa percubaan adalah sama seperti dimaksudkan pada bekalan kuasa.
- Lain2 perkakasan - Ingatan capaian rawak, kabel dan lain2 perkakasan tidak terpasang sempurna misalnya longgar pada punca kuasa atau kotor pada terminal atau ada yang telah rosak. Papan utama juga perlu diambil kira, mungkin ada litar rosak atau bahagian elektronik yang cacat.
Anda tidak beritahu samada kes ini berlaku terhadap komputer riba atau `komputer meja` (huh?).
Anda boleh rombak rawat setiap perkakasan samada secara fizikal atau melalui perisian atau kedua-duanya sekali untuk mencari sebab permasalahan dan seterusnya diperbaiki.