Results 1 to 2 of 2

Thread: 12 Fakta Tentang Izzue Islam

  1. #1
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like

    12 Fakta Tentang Izzue Islam



    Fakta Fakta menarik tentang lelaki bernama Muhammad Izzul Islam Mazlan.

    1) Izzue tidak lagi menjamah durian setelah muntah akibat mabuk ketika menaiki kereta dari Kelantan ke Kuala Lumpur di usia 15 tahun.

    2) Izzue menganggap dirinya buta warna kerana tidak begitu mengenali warna. Di matanya, warna biru yang merupakan warna kegemarannya lebih menonjol jika dibandingkan dengan warna lain. Jelas Izzue, almarinya pakaiannya penuh dengan baju-baju berwarna biru.

    3) Jika memasak, anak jati Kelantan ini gemar mencampurkan elemen pedas dan manis dalam masakannya. Contohnya jika memasak Maggie Kari atau Tomyam, selain mencampurkan cili, dia juga menggunakan susu pekat manis dalam masakan tersebut. Haaa pernah cuba tak?

    4) Ketika zaman persekolahan, Izzue tergolong sebagai pelajar nakal. Dia dan beberapa rakan yang lain hanya akan masuk ke sekolah setelah tamat perhimpunan iaitu pada jam 8.30 pagi.

    5) Dilantik menjadi pengawas sekolah ketika berada di tingkatan 2. Namun, dilucutkan jawatan ketika berada di tingkatan 3 kerana kenakalannya.

    6) Mengakui susah bangun pagi. Namun dek kerana selalu terikat dengan penggambaran di waktu pagi, Izzue cuba membiasakan diri untuk bangun awal.

    7) Izzue mempunyai tiga jam penggera untuk mengejutkannya bangun tidur. Namun, dia mengalami kesukaran untuk terjaga dengan bunyi tersebut. Dia lebih senang dikejutkan melalui panggilan telefon.

    8) Pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis ketika berusia 12 tahun. Menariknya, penyertaannya dalam pertandingan itu tanpa sebarang persediaan kerana ia berlaku ketika Izzue bersiar-siar bersama keluarganya.

    9) Hasil kemenangannya dalam pertandingan melukis itu, Izzue telah mendapat wang tunai berjumlah RM100. Dia telah membeli sebuah gitar yang mendekatkan dirinya dengan bidang muzik. Gitar itu masih lagi dalam simpanannya.

    10) Izzue pernah menyertai kumpulan Bboy ketika di tingkatan 1 dan 2 kerana sangat meminati tarian 'breakdance'.Ketika di tingkatan 3 pula, Izzue terlibat dengan aktiviti merempit.

    11) Mungkin ramai yang tidak tahu, selain boleh berlakon dan menyanyi, Izzue juga pandai bermain beberapa alat muzik iaitu gitar, bass, drum dan juga ukulele.

    12) Tidak pernah melancong ke luar negara sebelum menjadi artis.

    Banyak lagi fakta tentang izzue yang kita tidak ketahui, ini hanyalah sebahagian sahaja darinya. Jom tengok kisah menarik terbaru tentang Izzue Islam. Klik Video dibawah



  2. #2
    Junior Member
    Join Date
    Aug 2008
    Posts
    14
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •