Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 17

Thread: Perlukah Demand Seorang Graduan?

  1. #1
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like

    Perlukah Demand Seorang Graduan?

    Coretan dalam surat khabar, blog mahupun majalah yang berkisarkan lambakan graduan menganggur menunjukkan angka luar biasa. Lihat saja, graduan ijazah kelas pertama turut terkena tempiasnya. Bukankah kecemerlangan akademik itu mampu membuatkan mereka mudah memperoleh pekerjaan?
    Dulu, penulis turut mendaftar di laman ‘job street’ atau blog lain yang akan memuat naik perihal kerja kosong. Dari situ menunjukkan banyak kerja kosong yang diiklankan dengan pelbagai jawatan. Aneh, sekiranya graduan tidak mengambil peluang di depan mata.

    Gaji? Kenapa ia dipersoalkan, sedangkan banyak cara yang boleh dilakukan terutama ia dapat mengasah bakat yang ada dan ambil peluang itu sebagai satu pengalaman. Inilah dikatakan, belum bekerja sudah ‘demand’ gaji!

    Satu hal pula, di mana ada yang sudah bertahun-tahun tamat belajar tetapi belum pernah menghantar satu pun resume ke sana sini. Ada juga yang mengharapkan gaji harus setimpal dengan kelayakan yang ada. Wahai kawan, janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi, dengan pengalaman yang belum ada, sudah tentu anda akan terbiar menganggur sampai bila-bila.

    Jika perempuan, mungkin boleh tunggu orang masuk meminang. Tapi bagi lelaki pula, jangan berharap keluarga kekasih akan menerima anda sebagai menantu. Nak menyara kehidupan sendiri pun belum tentu lepas.


    Cerewet & memilih

    Ada benarnya apabila sudah tamat saja belajar, perkara pertama yang akan dilakukan adalah memilih pekerjaan yang secocok dengan anda. Oleh itu, diri akan sentiasa memikirkan soal gaji, tempat tinggal, jawatan dan pelbagai perkara remeh yang lain. Jangan terlalu ‘lurus’ untuk membuat pilihan kerana peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup.

    Fikirlah hala tuju yang betul terutama apabila anda dibebani dengan hutang pinjaman pelajaran ataupun keinginan membantu keluarga di kampung yang banyak bersusah payah untuk anda selama ini.

    Ketahuilah bahawa graduan di Malaysia ini sangat ramai. Itu tidak termasuk lagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang pasti menunggu masa untuk keluar mencari peluang.

    Walaupun anda menetap di Kulim tetapi berjaya mendapat kerja di Kuala Lumpur, tidak ada salahnya untuk anda berhijrah ke bandar lain bagi meluaskan pengalaman. Bahkan, anda adalah insan terpilih untuk menyandang jawatan berkenaan, ia lebih baik daripada calon yang tidak dipanggil bekerja!

    Jika gaji menjadi topik utama, bangun dan berusaha sekerasnya agar anda dinaikkan pangkat dengan cara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

    Ada baiknya bermula dari bawah. Di situ anda boleh belajar secara perlahan-lahan tanpa perlu ada sebarang tekanan dan mendapat ilmu tambahan daripada rakan kerja yang sudah lama berkhidmat.


    Terpaksa untuk kerja

    Apabila malas dan kemudian mendapat kerja. Itu menyebabkan ada di antara graduan yang bekerja dalam keadaan terpaksa. Apa yang dikatakan terpaksa merangkumi beberapa aspek, antaranya didesak oleh keluarga, tidak mahu menjadi penganggur atau malu jika tidak bekerja. Selain ada komitmen lain yang harus ditanggung membuatkan mereka tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja.

    Selain tidak pasti kerjaya apa yang harus mereka pilih, ada yang merasakan kerjaya itu mestilah dalam bidang yang dipelajari. Ada juga yang tidak peduli kerja apa sekalipun walaupun berlainan dengan apa yang dia belajar. Asalkan ada kerja dan dapat gaji.

    Sebelum tamat belajar, fikir dan renungkan cita-cita yang anda impikan. Lantas tetapkan pendirian untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak dapat apa yang dimahukan, jangan sesekali menyesal atau berputus asa.

    Jika pada mulanya ia sekadar ‘paksa’ tetapi selepas dipupuk dengan kerajinan dan usaha yang tinggi, status itu akan bertukar menjadi ‘rela’.


    Bodoh sombong

    Ya, ini adalah satu sifat yang harus dihindarkan dalam diri seseorang itu terutama yang masih bergelar ‘fresh graduate’.

    Nuralya Mohd Roslan, 27, mengatakan tidak ada syarikat yang akan menawarkan jawatan besar sekiranya individu itu tidak mempunyai pengalaman.

    “Sebagai contoh, anda mengidamkan *jawatan pegawai atasan tapi hakikatnya anda perlu terlebih dulu memegang jawatan yang setimpal atau memulakan yang bawahan dulu. Jika anda ingin menjadi pensyarah misalnya, anda perlu menjadi pembantunya terlebih dahulu.

    “Saya mengatakan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan di mana ini yang membuatkan seseorang itu menolak setiap peluang temu duga, lalu mendatangkan kerugian pada diri sendiri sampai bila-bila,” kata ustazah muda ini.


    Serba boleh

    Menurut seorang lagi rakan Gen Y, Mohd Hafizul Mohd Yahya, 28, kemahiran ‘multitasking’ atau serba boleh sangat diperlukan oleh syarikat besar.

    “Jangan menyimpan angan-angan tinggi sekiranya anda tidak ada kemahiran itu. Jika hanya duduk menaip dan mengangkat telefon, pasti seseorang itu tidak akan lama bertahan. Misalnya, anak muda kini tidak suka kerja yang membosankan sehingga buat diri rasa malas bangun pagi untuk ke tempat kerja.

    “Oleh sebab itu, mereka tidak dapat mempersembahkan mutu kerja berkualiti yang syarikat mahukan. Ini yang membuatkan ramai graduan menganggur tidak ‘tahan’ dengan cara yang ditampilkan tempat kerja lama,” kata pegawai bank ini.

    Justeru, semua graduan digalakkan untuk bekerja yang membabitkan bidang praktikal berbanding teori yang sudah tidak lagi relevan pada masa kini.

    Setiap pekerjaan mahukan anda bijak dan tangkas dalam menghasilkan sesuatu. Bidang yang ada hari ini memerlukan anda membuat lebih daripada apa yang tercatat dalam ‘kontrak’ atau kertas perjanjian.

    Biar apa sekalipun alasannya, ia terletak di tangan sendiri. Sama ada bekerja atau me*nganggur. Kajian yang dilakukan mendapati graduan meluahkan banyak perkara pada pekerjaan pertamanya. Hasil Kajian

  2. #2
    Senior Member

    k a y a m's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Surga Cinta
    Posts
    16,051
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    belajar tingi x semestinya gaji tinggi. kalo keje gov bleh la abis deg terus jd pegawai tp gaji ciput. swasta ni mostly nk kn pengalaman. even setakat dip je pn, kalo ade pengalaman atau kepakaran, konpom gaji masyukkkkk. so kalo setakat ade degree tu xyah la sombong sgt nk memilih kerja


    when i was born, devil said.. " ohh shit! competition "
    you are not entitled to someone else’s body just because it’s exposed

  3. Likes lolly lilly liked this post
  4. #3
    Member
    Join Date
    Jan 2018
    Location
    Perak
    Posts
    36
    Post Thanks / Like
    fresh graduate tak payahlah demand sangat, zaman sekarang nak cari kerja pun susah. Kerja apa-apa dulu sementara dapat kerja yang bersesuaian. Timba pengalaman dan ilmu dulu. Tapi jangan lupa berdoa, rezeki Allah yang beri.

  5. #4
    Member
    Join Date
    Apr 2014
    Posts
    88
    Post Thanks / Like
    baru terserempak dgn thread ni..sbb aku pernah menganggur dekat setahun lebih.bkn nk demand,tapi kena tgk jugak stimpal x kerja dgn gaji diterima tu,lama2 berjinak dgn bisnes sendiri..wlupon tak kaya tapi dapat la bg mk ayah aku duit poket..

  6. #5
    Member
    Join Date
    Apr 2014
    Posts
    88
    Post Thanks / Like
    bukan nk memilih keje ke ape. kdg2 kena ikut jgk dgn job scope yg dberi oleh majikan, gaji dan benefits dpt bila keja kat situ. pernh jgk menganggur dulu, fhm kalu susah nk dapt keje skrng.

  7. #6
    Member catwang's Avatar
    Join Date
    Sep 2011
    Posts
    85
    Post Thanks / Like
    trpulng pd org utk menilai mcm mna. setakat tahu skill sendiri x cukup kalau nk demang keje and gaji tinggi tpi xde skill yg dprlukan oleh majikan baik kumpulkan experience and skills. kemahiran bahasa pun pnting tau

  8. #7
    Member
    Join Date
    Apr 2014
    Posts
    88
    Post Thanks / Like
    every1 prnh jdi unemployed after graduate tapi tengok pada rezeki org. kalu ada commitment dlm life nk byr itu ini better apply keje kat mne2 company even though trpesong sikit from course yg kte study. now whatever we do need money.

  9. #8
    Senior Member misskey's Avatar
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    116
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by birthsunny View Post
    every1 prnh jdi unemployed after graduate tapi tengok pada rezeki org. kalu ada commitment dlm life nk byr itu ini better apply keje kat mne2 company even though trpesong sikit from course yg kte study. now whatever we do need money.
    aftr graduate ofkos ada komitmen nk byr pt or stdy loan lain. nk tolong keluarga atau diri sendiri x boleh nk berkira. terima rezeki yg ada.

  10. #9
    Member tdsue's Avatar
    Join Date
    Sep 2013
    Posts
    77
    Post Thanks / Like
    average student jrg akan demand keje sbb tahu level kelayakan dorng cm mne. cm sye ni average student je tpi nsib baik hidup makin baik skrng. cuma skrng ni tgh nk settlekan byr loan.

  11. #10
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2020
    Posts
    14
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by tdsue View Post
    average student jrg akan demand keje sbb tahu level kelayakan dorng cm mne. cm sye ni average student je tpi nsib baik hidup makin baik skrng. cuma skrng ni tgh nk settlekan byr loan.
    insyallah ada rezeki...skrg tgh stdy lg kan? pkir study je dulu.kerja nnt2 bila dah smpai masa

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 11

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •