Results 1 to 3 of 3

Thread: Kualiti Volkswagen Versi R

  1. #1
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like

    Kualiti Volkswagen Versi R



    Kehebatan keluaran terbaru Volkswagen iaitu Golf R. Menurut Volkswagen versi R ini adalah barisan model-model terbaik daripada yang terbaik, lebih tinggi status dan keupayaannya daripada versi lagenda terkemuka syarikat itu yang lebih popular, iaitu GTI.
    Ini kerana siri R adalah anak emas bagi bahagian pembangunan permotoran Volkswagen dan semua kenderaan R datang dari acuan dan aspirasi tertinggi yang pernah dibayangkan oleh pengeluarnya.


    Sekali pandang, Golf R nampak ringkas, dengan rim besar, padanan warna biru khas, muncung ekzos berkembar, gril berlainan dan lencana R yang kecil melekat padanya itu dengan segera menerbitkan rangsangan deria dan keinginan memandu.

    Unit Golf R adalah versi empat pintu yang nampak kurang menarik secara luaran berbanding versi dua pintu yang lebih menawan.

    Prestasi Golf R
    Mari lihat pada dari sudut kuasa terlebih dahulu. Golf R menghasilkan hampir 270hp, lebih kuasa kuda berbanding R32 tetapi tanpa berat yang berlebihan di bahagian hadapannya. Di jalan lurus, Golf R tidak secepat dan selancar R32 namun di jalan yang berliku, ia mempunyai sedikit kelebihan hasil daripada bahagian hadapan yang lebih ringan, pacuan AWD dan ditambah dengan suspensi lebih rendah serta keras.
    Ya, jika memasuki selekoh dengan kelajuan yang berlebihan ia tetap akan menyebabkan ‘understeer’ seperti kebanyakan kenderaan 4WD lain; jadi apa yang perlu dilakukan oleh pemandu adalah dengan mengawal input pedal. Ia boleh dibawa menuju ke arah yang dimahukan dan kuasa boleh dilepaskan sebaik keluar daripada selekoh dengan yakin dan cukup bertenaga.


    Spesifikasi umum RDari segi bunyi, muncung ekzos berkembar yang digunakan bukan sekadar untuk gaya sahaja. Ia lebih besar berbnading ekzos yang dipakai sebelum ini dan memberi aliran yang lebih lancar dan bunyi lebih garau. Berkenaan kotak gear DSG, tiada apa yang boleh dikata memandangkan ia masih lagi menakjubkan. Walaupun anda seorang peminat tegar kenderaan bertransmisi manual dan tidak menggemari kotak gear automatik, kotak gear DSG ini akan segera memenangi hati anda.
    Satu lagi kebaikan daripada penggunaan enjin empat silinder 2.0 kini pada model R ini berbanding susunan V6 3.2L membawa kepada penggunaan bahan api yang lebih jimat.

    Pandangan saya tentang Golf R? Ia seperti sebuah kenderaan sport setanding yang pernah anda lihat sebelum ini, tetapi kini tampil dengan lebih ‘ramuan’ tambahan yang mengujakan. Lebih aksi Volkswagen R disini

    SPESIFIKASI*
    Volkswagen Golf R
    Enjin: 2.0 liter petrol, TSI, suntikan terus
    Transmisi: DSG tujuh kelajuan, pacuan empat roda
    Kuasa maksimum: 266hp
    Tork maksimum: 350Nm
    Suspensi: Pilihan mod “Normal, Comfort dan Sport”
    Ciri lain: Brek dipertingkat, rim Talladega 18 inci, tempat duduk sport.

  2. #2
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2015
    Posts
    15
    Post Thanks / Like
    melihat dari kapasitas bahan bakarnya, mobil bmw ini jelas membawa tenaga yang lebih baik daripada mobil dikelasnya ya. sayangnya tidak bisa ditebus dengan harga yang murah.
    cari portal jual beli mobil murah baru dan dan bekas harga murah di jakarta atau bandung dimana ya?

  3. #3
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2020
    Posts
    9
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •