Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 16

Thread: Tempat Menarik di Filipina

  1. #1
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like

    Tempat Menarik di Filipina

    Di mata pelancong dunia, Filipina mungkin tidak menarik dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara lainnya seperti Thailand, Singapura, dan Malaysia. Namun, bukan bererti Filipina tiada tempat menarik dari negara-negara jirannya. Berdiri di atas lebih dari 7.000 pulau, Filipina memiliki banyak pantai indah yang disokong oleh iklim tropika yang hangat. Negara ini juga memiliki banyak bangunan kuno dengan sentuhan gaya arsitektur Eropah. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang menjadi pilihan pelancong di Filipina.


    1. Intramuros, kota lama Manila yang dipagari
    Intramuros merupakan bandar terlama Manila yang dibina pada tahun 1571 semasa Filipina masih dijajah oleh Sepanyol. Akibat daripada itu, masih banyak bangunan lama dalam kota lama ini yang mempunyai ciri-ciri Sepanyol contohnya Fort Santiago. Tempat inilah tertangkapnya wira negara, Jose Rizal sebelum dijatuhi hukuman mati.

    Harga tiket masuk hanyalah P 75 dan tidak mengira sama anda pelancong asing atau tidak. Selain Fort Santiago, terdapat 12 buah gereja di dalam Intramuros. Antara gereja yang terkenal ialah Manila Cathedral dan San Agustin Church. Ternyata, majoritinya orang Filipina menganut agama Katolik tapi masih ada segelintir yang menganut agama lainnya seperti Hindu, Islam dan sebagainya.

    Selain gereja, Intramuros juga mempunyai hospital, bangunan-bangunan komersial, kedai-kedai, universiti dan juga benteng askar.



    2. Museum National
    Musuem ini terletak bersebelahan dengan Intramuros. Anda hanya perlu berjalan kaki dan menyeberang jalan raya saja untuk sampai ke sini.
    Terdapat banyak hasil lukisan dan skulptur dalam museum ini. Masing-masing dengan nilai sejarah yang tinggi dan berfaedah kepada anda. Dan kebanyakan lukisan begitu hidup sehingga sukar hendak anda lepaskan pandangan.


    3. Matahari terbenam di Manila Bay
    Di Manila Bay, anda pasti akan ke pusat beli-belah yang terkenal di Manila Bay iaitu SM Shopping Mall. Di belakangnya ada taman tema yang berlatar belakangkan lautan luas Pasifik. Setelah itu, anda perlu berjalan menuju ke laut dan menapak di satu tempat strategik untuk melihat matahari terbenam.


    4. Gunung Pinatubo
    Sama seperti Indonesia, Filipina juga banyak gunung berapi aktif dengan ketinggian lebih dari 1.000 meter. Salah satu gunung berapi yang cukup popular di Filipina adalah Gunung Pinatubo. Gunung yang menjadi sebahagian dari provinsi Zambales, Pampanga dan Tarlac ini kali terakhir meletus pada 15 Jun 1991. Akibat dari letusan Gunung Pinatubo menyebabkan masyarakat dunia dapat merasai kesannya dengan penurunan suhu global hingga 0,5 darjah Celsius. Sehingga sekarang masih aktif dan cukup berbahaya, Gunung Pinatubo menawarkan pemandangan yang cantik dengan adanya danau kawah dengan air warna biru muda di bagian tengah.


    5. Ladang Vila Escudero
    Ladang Vila Escudero merupakan tempat yang tepat untuk menyaksikan dan merasakan secara terus kehidupan dan kebudayaan tradisional Filipina. Pada mulanya berfungsi sebagai ladang kelapa sawit, kawasan seluas 800 hektar ini kemudian dikembangkan sebagai tempat istirehat atau resort. Di Ladang Vila Escudero, Anda boleh berjalan-jalan keliling perkampungan, menyaksikan pertunjukan tari, berperahu di tengah danau serta mengunjungi museum yang menyimpan benda-benda kebudayaan dan sejarah Filipina seperti pakaian adat, guci dan porselen, perkakasan antik, juga benda peninggalan Perang Dunia ke-II.


    6. Enchanted Kingdom
    Tidak mahu kalah dengan rekaan-rekaan Asia Tenggara yang memiliki taman-taman hiburan berkelas dunia, Filipina membangunkan Enchanted Kingdom yang dirasmikan pada tahun 1995. Taman hiburan seluas 17 hektar ini bertempat di wilayah Santa Rosa City, Laguna, Filipina. Design Enchanted Kingdom di Filipina diambil dari dua jaringan taman hiburan terbesar di dunia, dengan pintu gerbang yang menyerupai Disneyland dan design keseluruhan yang mirip seperti Universal Studios. Enchanted Kingdom merupakan taman hiburan sangat popular di Filipina yang dilawati oleh pelancong dari seluruh negeri.


    7. Taman Negara Kepulauan Seratus
    Jika di Jakarta ada Taman Negara Kepulauan Seribu, maka Filipina pula ada Taman Negara Kepulauan Seratus. Dalam bahasa tempatan, taman Negara ini dikenali dengan nama Kapulo-Puloan atau Taytay Bakes. Mempunyai 124 pulau di Taman Negara Kepulauan Seratus, namun baru 3 pulau yang dikembangkan untuk pelancongan. Taman Negara Kepulauan Seratus terletak di utara Filipina, tempatnya jauh dari penempatan. Tempat ini menjadi habitat dari pelbagai jenis flora dan fauna seperti monyet, dugong, penyu laut, keldai raksasa, juga piton. Konon, Kepulauan Seratus di Filipina telah berusia lebih dari 2 juta tahun.


    8. Donsol
    Pencinta alam dan penggemar haiwan air bersaiz besar wajib datang ke Donsol, provinsi Sorgoson, Filipina. Kota pesisir yang terletak di bahagian selatan Pulau Luzon ini menjadi destinasi popular untuk menyaksikan ikan paus. Setiap tahun, khususnya antara bulan Februari hingga Mei, sekumpulan ikan paus menampakkan diri di perairan dekat Donsol. Petumbuhan plankton yang tinggi di perairan dekat Donsol menjadi salah satu faktor penyebab singgahnya rombongan ikan paus ke kawasan tersebut. Kini, Donsol dikenali sebagai “Ibukota Ikan Paus Dunia” di mana pelancong boleh melihat secara dekat bahkan boleh berenang bersama paus jinak berukuran 7-9 meter.


    9. Sawah Teras Banaue
    Sawah Teras Banaue, dalam bahasa Tagalog dikenali dengan sebutan Hagdan-hagdang Palayan ng Banawe,jangan terlambat berkunjung ke Filipina. Sawah berliku liku yang berada di lereng pegunungan di Ifugao ini telah dibangun sejak 2.000 tahun yang lalu. Warga Filipina menyebut kawasan ini sebagai Keajaiban Dunia ke-lapan. Sebabnya, sawah seluas 10.360 kilometer persegi tersebut dibangunkan di ketinggian 1.500 meter dengan tenaga manusia (lebih banyak menggunakan tangan). Konon, jika seluruh garis liku pada Sawah Teras Banaue disatukan, panjangnya sama dengan setengah ukuran keliling bumi.


    10. Puerto Princessa Subterranean River National Park
    Puerto Princessa Subterranean River National Park salah satu sungai bawah tanah tercantik di dunia. Kawasan alam semulajadi yang terletak di Palawan, Filipina, ini memiliki peranan penting sebagai kawasan boidiviti dan habitat semulajadi burung. Puerto Princessa juga dinobatkan sebagai salah satu Situs Warisan Dunia UNESCO. Di tempat ini, anda boleh menyusuri sungai bawah tanah sepanjang 8,2 kilometer yang berakhir di Laut Cina Selatan. Di bahagian mulut gua, terdapat laguna kehijauan dan hutan yang menjadi habitat dari monyet, tupai, biawak air, dan beberapa jenis haiwan aksotik.


    11. Vigan
    Ingin merasakan suasana negara Sepanyol tanpa pergi ke Eropah? Lawati sahaja kota Vigan di Filipina. Vigan adalah salah satu kota gaya Sepanyol yang masih ada di Filipina. Bentuk bangunan dan keadaan kota di ibukota provinsi Ilocos Sur ini memiliki pengaruh yang kuat dari zaman penjajahan Sepanyol. Keunikan kota Vigan membuatnya dinobatkan sebagai salah satu Situs Warisan Dunia UNESCO. Terletak di pesisir barat Pulau Luzon, Filipina, Vigan juga memiliki pantai cantik yang menghadap terus ke Laut Cina Selatan.


    12. Boracay
    Anda akan menikmati pantai indah dengan pasir putih yang halus dan laut biru jernih berbumbungkan langit biru dan awan putih. Boracay adalah nama sebuah pulau kecil di tengah kepulauan Filipina, sekitar 315 kilometer ke sebelah selatan Manila. Keindahan laut dan pantai Boracay menjadikan pulau tersebut sebagai salah satu destinasi pantai popular di dunia. Pelancong mengenali Boracay sebagai kawasan terbaik untuk riadah di Filipina.


    13. Bukit Cokelat (Chocolate Hills)
    Bukit Cokelat atau Chocolate Hills wajib dikunjungi oleh anda yang minat menjelajahi tempat-tempat unik. Sesuai dengan namanya, Bukit cokelat di kawasan Carmen provinsi Bohol, Filipina, memang berbentuk seperti gumpalan cokelat raksasa yang tersebar di kawasan seluas 50 km persegi. Terdapat sekitar 1.200 hingga lebih dari 1.700 gumpulan cokelat raksasa di kawasan tersebut. Pada masa ini, Bukit Cokelat dinobatkan sebagai Monumen Geologi Nasional ketiga di Filipina dan disyorkan untuk di masuk kedalam Situs Warisan Dunia dari UNESCO.


    Filipina sebuah negara yang mempunyai keindahan tersendiri yang perlu ada lawati. Pakej lawatan terbaik di Filipina
    Last edited by Pfiza2; 04-08-14 at 11:25 PM.

  2. #2
    Super Administrator
    atoq's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Posts
    2,800
    Post Thanks / Like
    awek pinoy

    You'll Never Walk Alone

    "If you can't support us when we lose or draw, don't support us when we win." -Bill Shankly-

  3. #3
    Administrator
    merang's Avatar
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    ofs
    Posts
    14,459
    Post Thanks / Like
    Jepan best lg ade maria ozawa


    ~Share Movies~
    ~Share TV Series~
    ~WebSite~

  4. Likes Norahman liked this post
  5. #4
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like
    Best juga Filipina nie kan, info tambahan tentang filipina, bacalah

  6. #5
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2014
    Posts
    28
    Post Thanks / Like
    nampaknya filipina sgt menarik, saya sgt berminat..
    jika ada tiket kapal terbang yg murah saya akan pergi dgn kawan saya.
    tapi mcm mana harga hotel sana?
    mahalkah? saya ada bajet utk trip ni..

  7. #6
    Junior Member
    Join Date
    Oct 2014
    Posts
    12
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by haslinaa View Post
    nampaknya filipina sgt menarik, saya sgt berminat..
    jika ada tiket kapal terbang yg murah saya akan pergi dgn kawan saya.
    tapi mcm mana harga hotel sana?
    mahalkah? saya ada bajet utk trip ni..
    awak nak pergi filipina mana?filipina ada byk tempat dan pulau blh pergi..tempat yg tak sama bajet pon tak sama..

  8. #7
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2014
    Posts
    28
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by nurlizat View Post
    awak nak pergi filipina mana?filipina ada byk tempat dan pulau blh pergi..tempat yg tak sama bajet pon tak sama..
    ingin pergi boracay,dgr kawan cakap pulau tu sgt cantik..
    pantai2 yg dan pasir putih yg halus sgt menarik..dgr perbelanjaan di sana pon tak mahal,agak berpatutan..

  9. #8
    Junior Member
    Join Date
    Nov 2014
    Posts
    5
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by haslinaa View Post
    ingin pergi boracay,dgr kawan cakap pulau tu sgt cantik..
    pantai2 yg dan pasir putih yg halus sgt menarik..dgr perbelanjaan di sana pon tak mahal,agak berpatutan..
    Boracay mmg cantek,baru pergi tahun ni, saya beli tiket air asia terbang ke Kalibo, sgt murah.
    wak blh beli tiket kapal terbang air asia,paling murah berbanding dgn syarikat lain.

  10. #9
    Junior Member
    Join Date
    Oct 2014
    Posts
    12
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by haslinaa View Post
    ingin pergi boracay,dgr kawan cakap pulau tu sgt cantik..
    pantai2 yg dan pasir putih yg halus sgt menarik..dgr perbelanjaan di sana pon tak mahal,agak berpatutan..
    jika nak pergi boracay,kena terbang ke Kalibo dulu..kalau wak nak pergi dgn kawan,mungkin wak blh booking tiket kapal terbang dan hotel sekali di Air Asia Go..
    wak boleh booking tiket dgn hotel sekali gus di Air Asia Go,sgt senang, tak perlu book asing2..

  11. #10
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2014
    Posts
    28
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by nurlizat View Post
    jika nak pergi boracay,kena terbang ke Kalibo dulu..kalau wak nak pergi dgn kawan,mungkin wak blh booking tiket kapal terbang dan hotel sekali di Air Asia Go..
    wak boleh booking tiket dgn hotel sekali gus di Air Asia Go,sgt senang, tak perlu book asing2..
    apa tu Air Asia Go?mcm mana nak book tiket kapal terbang dan hotel di website tu?

Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •