Results 1 to 2 of 2

Thread: Peminat Fanatik Jacko Bunuh Diri?

  1. #1
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like

    Peminat Fanatik Jacko Bunuh Diri?



    Pengaruh superstar Michael Jackson di kalangan peminatnya di seluruh ternyata cukup hebat dan luar biasa sekali. Bayangkanlah sejak beliau dilaporkan mati secara mengejut pada 25 Jun 2009, ia bukan saja telah menyebabkan masyarakat dunia bersedih tetapi dikatakan turut mendorong 12 orang peminat fanatiknya membunuh diri!

    Tindakan membunuh diri itu dilakukan kerana mereka khabarnya tidak dapat menerima hakikat bahawa superstar kesayangan ramai itu sudah tiada lagi di dunia ini. Ada kes bunuh diri telah dilaporkan berlaku di Tunisia dan juga di Russia, baru-baru ini.

    Berita tersebut telah pun dilaporkan di dalam kelab dan forum peminat online Michael Jakcson yang paling berpengaruh iaitu MJJcommunitycom.

    Presiden merangkap pemiliknya, Gary Taylor, berkata, dia sebenarnya merasa amat susah hati dengan apabila mendapat tahu tentang tragedi itu.

    "Kebanyakanya berlaku di luar daripada United Kingdom tapi salah seorang mangsa yang membunuh diri itu adalah rakyat British. Setakat ini jumlah peminat yang membunuh diri adalah 12 orang tetapi saya khuatir akan lebih ramai lagi yang mengikut jejak langkah mereka itu.

    "Bagi saya ini adalah satu hal yang sangat serius dan saya percaya Michael Jackson sendiri tidak mahu perkara ini terjadi di kalangan peminatnya jika dia masih lagi hidup," katanya.


    Jangan terlalu ikut perasaan


    Seorang rakan Michael Jackson yang dikenali sebagai Jesse Jackson berkata, dia telah pun membuat rakaman filem di dalam YouTube meminta supaya peminat menghentikan kerja-kerja yang sia-sia itu.

    "Memang saat ini adalah sukar untuk kita terima hakikat pemergian Michael. Ia sesuatu yang cukup mengecewakan tetapi pada masa yang sama, ini adalah saat yang terbaik untuk meraikan kehidupan Michael.

    "Michael pastinya akan gembira apabila ramai yang menyanyikan lagu We Are The World. Jadi, jangan sekali-kali binasakan diri anda.

    "Ada masa-masanya kita berada di bawah dan ada masa-masanya kita kembali berada di atas semula. Itulah sebaik-baiknya yang perlu kita lakukan. Untuk menjaga nama Michael, kita seharusnya hidup bersama sebagai saudara dan bukannya mati begitu saja sebagai orang yang ****h," pintanya.

    MJJcommunity.com yang ditubuhkan kira-kira 10 tahun yang lalu oleh Gary yang juga pengurus pejabat di London, memiliki lebih daripada 14,000 pelayar online serta 30 orang kakitangan di seluruh dunia.

    "Kematian Michael telah membuatkan peminat yang sering melayari forumnya berasa seperti di luar dari alam nyata. Mereka tidak dapat menerimanya dan mereka beranggapan ia adalah satu realiti yang berbeza.

    "Saya juga masih lagi berasa terkejut dengan kematian Michael. Baru saja dia mengumumkan untuk mengadakan konsertnya dan tiba-tiba dalam sekelip mata, dia sudah tiada. Pengkebumiannya adalah satu tanda yang telah menyedarkan kita semua bahawa Michael sudah pergi dan tidak akan kembali sampai bila-bila pun," katanya.

    Gary turut memberitahu bahawa ribuan peminat superstar itu telah pun berarak dari Canary Wharf hingga ke 02 Arena pada Isnin lalu untuk berjaga sempena memperingati kematian King of Pop itu. Di Malaysia kita boleh juga melihat peminat fanatik Michael Jackson sehingga sanggup berpakaian seperti artis kesayangannya, anda boleh lihat disini

    Sumber : murai.com.my
    Last edited by Pfiza2; 26-06-14 at 12:12 PM.

  2. #2
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •