Results 1 to 4 of 4

Thread: Khasiat Buah Kiwi

  1. #1
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like

    Khasiat Buah Kiwi



    Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yang membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yang mudah.

    Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

    "Bagi sesetengah pengguna, nilai nutrisi mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu. Fakta mengenai kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh," kata Pengurus Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson.

    Menurutnya, buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

    Tambahnya lagi, ketakutan warga seluruh dunia mengenai penyebaran wabak influenza H1N1 juga menyebabkan mereka lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan.

    "Kini kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi," kata Mathiesen.

    Sementara itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr Norzita Mohd Yusof berkata, buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa.

    "Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya," katanya.

    Menurutnya lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses.

    "Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus," ujarnya.

    Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan. Antara buah kiwi terbaik di Malaysia adalah keluaran Zespri . Selamat mencuba

  2. #2
    Junior Member
    Join Date
    May 2014
    Posts
    8
    Post Thanks / Like
    agree.. kiwi bnyk khasiatnya..
    Bila sebut vitamin C je org ingat buah oren...

    bila rasa dehidrated je org minum air 100+
    bila nk rasa bertenaga je org minum kopi tongkat ali 3 in 1

    ramai x tau buah kiwi ni bnyk khasiat.. lagi2 org malaysia
    dan.. bila ingat buah kiwi je org slalu pk buah kiwi biasa yg berwarna hijau tu..

    percaya atau x, buah kiwi emas lg sedap & berkhasiat dri kiwi hijau.. dan mengandungi 10kali ganda khasiat banding dgn buah epal.

    kalo kte makan sebiji buah kiwi sahaja kte dah cukup bekalan vitamin C dlm badan berbanding dgn sebiji limau bersama buah pisang.

    kiwi jgk bleh jd sumber tenaga yg baik bg yg sebok berjaga mlm utk study atau pun jenis yg ske ke gym utk bina badan..
    buah kiwi ni sgt manis kalo ia btul2 masak...

    khasiat2 lain bagi buah kiwi:
    http://bit.ly/1ochbND

  3. #3
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2016
    Posts
    6
    Post Thanks / Like
    ternyata buah kiwi banyak manfaatnya ..okeh deh nantik aku beli buah kiwi di pasar

  4. #4
    Junior Member
    Join Date
    Jan 2018
    Location
    DKI Jakarta
    Posts
    12
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Ada banyak manfaat yang bisa kita dapatkan dari buah kiwi. Salah satunye adalah melancarkan pencernaan kita. Apalagi kalau dikonsumsi dengan rutin Bagi yang punya masalah kesehatan seperti sulit buang air, mungkin boleh konsum buah ni, stiap pagi, siang, sore, dan malam. Jangan pakai gula tapi ya!
    Kini Cek dan Bayar BPJS Online Sudah Gampang dan Cepat!

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •