Kalau dilihat pada jalan ceritanya menampakkan semua filem ini penuh dengan kejutan, sedih dan aksi yang menarik, taniah kepada pengarahnya. Jom kita lihat senarai filem tersebut :-
1. Nebraska
Mengisahkan tentang orang tua yang ingin menjadi kaya, dalam layar hitam-putih. Filem ini bermain selama 121 minutes dan mula ditayangkan pada November 2013. Nebraska menceritakan kisah kehidupan keluarga di Amerika.
2. Banklady
BankLady adalah berdasarkan kepada kisah sebenar Gisela Werler , wanita pertama perompak bank Jerman yang tiba-tiba berubah dari seorang gadis pemalu menjadi perompak bank terkenal pada 1960-an .
3. Innocents
Sebuah kisah sedih 2 sahabat. Persahabatan gadis bernama Syafiqah seorang gadis Melayu berkawan dengan Ah Huat seorang budak Cina yang amat nakal. Dua jiwa mencari sedikit jalan keluar ke alam yang terindah.
4. Red Family
Mengisahkan dalam sebuah keluarga yang nampak sempurna. Pada hakikatnya, mereka adalah perisik yang dihantar dari Pyongyang untuk mengumpul rahsia dan membunuh musuh-musuh rejim. Mereka sentiasa bermain dengan emosi mereka yang percaya bahawa kerja yang dilakukan dapat melindungi keluarga mereka yang sebenar di Utara.
Taniah kerana memenangi Anugerah Filem India tersebut untuk filem filem di atas, lebih terperinci untuk 4 filem di atas boleh lihat disini