Results 1 to 6 of 6

Thread: ~Lembik Ke Kalau Lelaki Menangis?~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~Lembik Ke Kalau Lelaki Menangis?~



    Seorang lelaki merupakan satu susuk badan yang kuat di mata kaum wanita. Sejak dari kecil, seorang lelaki itu telah di biasakan untuk menjadi kekal tabah dan tidak menangis dalam apa jua situasi sekali pun..Tapi, aku still ada satu persoalan yang belum terjawab..Apa kah salah kalau seorang lelaki itu menangis seperti mana yang sering berlaku kepada kaum wanita?

    Seorang lelaki yang mudah menangis itu bukan lah lelaki sejati! Perumpamaan seperti itu sahaja mungkin dapat merendahkan martabat dan darjat seorang lelaki, malah mungkin menyinggung harga diri seorang lelaki itu sebagai satu makhluk yang hebat dan penuh dengan sifat ke-egoan..Iya laa, sampai nak menangis pun tak boleh, pantang untuk orang lelaki..Oleh itu, seorang lelaki itu harus bertahan dalam dalam apa jua keadaan tanpa mengeluarkan setitis air mata pun..

    Betul ke kalau orang lelaki yang kuat itu menangis, dia akan dianggap sebagai "kurang profesional" dan menjatuhkan "saham" nya sendiri? Bagi aku, seorang lelaki itu tak salah menangis, sebab perkara-perkara yang emosional macam ni bagus dalam mencipta karakter seorang lelaki yang penyayang..Tak kan korang (lelaki) nak serius je sepanjang masa?

    Lagi satu, seorang lelaki itu boleh menangis dan tak menjadi satu kesalahan pun kalau dia menangis depan orang ramai sebab tangisan orang lelaki ni bukan nya boleh di buat-buat, tapi lebih kepada menunjukkan betapa halus dan lembut nya perasaan yang mereka miliki..Kalau korang nak tahu, orang lelaki yang ada sifat halus dan lembut ni boleh menjadi role model, idol dan teladan untuk orang lain..Tak jadi kudis pun untuk sifat lelaki yang tegas dan keras tu..Sebab apa sifat halus dan lembut ni penting bagi orang lelaki? Sebab kedua-dua elemen ni boleh menghasilkan sikap sabar, bertolak ansur dan prihatin kat orang lain..

    Sifat-sifat halus, lembut dan pentingkan cita rasa ni jugak bukan hanya untuk kaum wanita ja taw, tapi merupakan satu elemen universal yang perlu ada untuk orang lelaki..Kenapa aku cakap macam tu? Sebab, bila seorang lelaki tu dah kahwin nanti, secara automatik dia akan menjadi ketua keluarga dan wajib untuk lelaki mendidik wanita yang menjadi isteri nya itu, betul tak? Disebabkan sang isteri itu seorang wanita, si suami tadi yang mempunyai elemen macam yang aku sebut tadi berkebolehan dalam menyelami sifat emosional dan karakteristik si isteri tadi..So, suami dan isteri dapat berkongsi perasaan masing-masing dalam suasana yang harmoni..Nampak tak betapa pentingnya elemen tu dalam situasi rumah tangga?

    Begitu jugak la dengan tangisan dan air mata, bukan hanya untuk kaum wanita sahaja, tetapi jugak milik orang lelaki..Oleh itu wahai lelaki-lelaki sekalian, jangan lah korang tahan atau simpan tangisan mu itu bila ada sesuatu yang membuat kan mu bersedih..Jangan terlampau penting kan ke-egoan mu itu, runtuh kan ia sedikit demi mendapat secubit perasaan tenang dan selesa yang tak dapat kamu bayang kan..Jangan lah kamu berasa malu untuk menangis, sebab itu lumrah sebagai manusia biasa..

    Berdasarkan pemikiran aku yang boleh la dikategorikan sebagai rasional ni, menangis itu penting untuk seorang lelaki, sama jugak pentingnya untuk seorang wanita sebagai satu medium untuk kita meluahkan perasaan sedih atau perkara-perkara yang melibatkan emosi..Tetapi, ini bukan bererti yang orang lelaki boleh menangis sepanjang masa, kalau dok menangis ja setiap masa, memang makan pelempang la jawab nya..Ingat! Setiap perkara yang sedih dan beremosi itu pasti ada punca nya dan tugas kita sebagai orang lelaki adalah untuk mencari dari mana datangnya punca kesedihan tu..

    Berdasarkan maklumat yang aku dapat la kan, lelaki yang sering menangis ni mempunyai hati yang lembut, rileks dan lebih peka berbanding lelaki yang ada air mata "emas" ni..Beruntung la sapa yang dapat lelaki yang kuat menangis ni kan..hehehehe =D


    p/s: jom nangis ramai-ramai..hahahaha

    *drysheet*
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.˘σм ║▌║▌║█│▌

  2. #2
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    Quote Originally Posted by sH@m View Post
    Agaknya, ada tak perbezaan antara menangis, merintih dan menitiskan air mata? Ini kerana, lelaki lazimnya sekadar menitiskan air mata tanpa menangis... ada beza?
    errr...aiii mcm marah je uncle sH@m...
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.˘σм ║▌║▌║█│▌

  3. #3
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    Quote Originally Posted by sH@m View Post
    Eh! Mana ada, tu soklan untuk lolly jawab... c'mana, ada beza tak?
    hee~ secara lahiriah nye ianya sama je.. hehe~
    budak 2 taon pon akan ckp, knapa pakcik "menangis", walaupon dia tgk sekadar "menitiskn" air mata~

    tp secara batinnya..
    eh, maksud lolly secara rohaniah.. << tataw btoi ke x penggunaan ayat ni>>
    ye, memg ia nya berbeza..
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.˘σм ║▌║▌║█│▌

  4. #4
    Senior Member
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    360
    Post Thanks / Like
    قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)

    “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالىpada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allahسبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta(7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)

  5. Thanks miss_sania thanked for this post
    Likes miss_sania, lolly lilly liked this post
  6. #5
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like

  7. #6
    Member
    Join Date
    Jan 2018
    Location
    Perak
    Posts
    36
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    lelaki kalau menangis nampak pelik dan janggal pada aku. Tapi bila dengar dia menangis kita pula jadi rasa kesian dan tak sampai hati

  8. Likes lolly lilly liked this post

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •