Assalamualaikum untuk pakar-pakar kat Syok ni.

Saya ada soalan nak tanya berkenaan dengan OS.
Saya ni student lagi, n tengah cuba nak cari maklumat berkenaan dengan 'delay' yang terjadi bila hard disk dibaca.

Saya difahamkan ada 3 delay yang berlaku apabila hard disk nak baca sesuatu file tu.
Delay yang pertama adalah masa hard disk tu nak cari file yang kita nak. Tapi saya tak pasti delay yang ke-2 dan ke-3 terjadi untuk apa, dan bagaimana konsep hard disk itu dibaca sebenarnya?

Mohon bantuan dan keterangan dari yang pakar untuk menjawab soalan ini. Terima kasih