Results 1 to 1 of 1

Thread: Nasi Ayam Segera Istimewa

  1. #1
    Member myroadtax.com's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Posts
    56
    Post Thanks / Like

    Nasi Ayam Segera Istimewa



    Apa dia hidangan kegemaran orang ramai? Nasi ayam. Samada nasi ayam biasa di pasar malam ataupun nasi ayam hainan di restoran cina muslim. Kalau pergi ke restoran lambat sikit dan lauk pauk habis, boleh cari nasi ayam. Kalaupun ayam sejuk, nasi dan sup ayam masih panas. Sangat bagus.

    Nasi ayam itu tidak akan menjadi tanpa nasi, ayam, sup, sos lada dan sos kicap serta sayur.

    Memang ramai penggemar nasi ayam yang cuba resepi nasi ayam saya ni akan tertanya-tanya kenapa nasi ayam ni sedap sangat. Haaa... ada ramuan rahsia tu. Jom cuba buat, gerenti anda akan masak setiap minggu. Nak masak cukup ringkas tetapi makan cukup puas hati. Anak-anak pun suka. Apa ramuan istimewa tu?

    Bebola ayamas. Cuba cari kat Tesco, Giant atau Kedai Ayamas sendiri. Sila lihat gambar di sebelah kanan tu. Ramuan istimewa ini mesti simpan dalam peti ais. Kira dia sama penting macam fish ball dan fish cake dah sekarang ni.


    Bahan Nasi Ayam


    Sediakan bahan-bahan berikut:
    3 pot beras jenama sunflower
    1 biji bawang putih
    1/2 inci halia
    3 sudu besar majerin
    8 biji bebola ayamas

    Cara masak:

    • Basuh beras bersih-bersih, toskan dan asingkan
    • Tumbuk bawang putih bersama halia hingga halus
    • Hiris halus-halus bebola ayamas
    • Panaskan periuk rice cooker atas dapur
    • Tumis bawang putih dan halia dengan majerin sehingga wangi
    • Lepas tu masukkan hirisan bebola ayamas
    • Gaul rata dan masukkan beras
    • Bila dah cukup rata dan wangi terus masukkan air 3-4 pot
    • Masukkan garam secukup rasa
    • Jangan gaul beras banyak-banyak takut pecah
    • Buka api besar dan tunggu sehingga kering
    • Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa

    Bahan Sup Ayam


    Sediakan bahan-bahan berikut:
    4 biji bebola ayamas
    1 kiub ayam
    2 biji bawang merah
    2 biji bawang putih
    1/2/ inci halia
    Kayu manis
    Bunga lawang
    Bunga cengkih
    Daun sup dan bawang
    Bawang goreng

    Cara masak:

    1. Tumbuk atau blend bawang putih, bawang merah dan halia
    2. Hiris halus-halus bebola ayamas
    3. Tumis bawang dan halia dalam periuk dengan minyak masak
    4. Masukkan bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih
    5. Kalau tiada rempah ratus tersebut, boleh guna sup bunjut sahaja
    6. Bila dah wangi masukkan pula hirisan bebola ayamas
    7. Masukkan air penuh satu periuk
    8. Tunggu sehingga didih dan masukkan 1 kiub ayam
    9. Kalau nak masukkan kaki dan leher ayam pun boleh
    10. Masukkan garam secukup rasa
    11. Bila nak makan boleh taburkan daun sup dan bawang serta bawang goreng

    Ayam


    Sediakan bahan-bahan berikut:

    Ayam seekor di potong ikut suka
    1 biji bawang putih
    Sos tiram
    Kicap cair
    Kicap manis
    Madu
    Minyak bijan

    Cara masak:

    1. Jangan lupa kerat atau hiris ayam di bahagian dada, betis dan peha
    2. Tumbuk bawang putih dan gaulkan dengan ayam
    3. Masukkan semua jenis sos, satu sudu kecil madu dan 3-4 titis minyak bijan
    4. Perapkan ayam semalaman dalam peti sejuk, pastikan bekas ayam tertutup kalau tak kering
    5. Panaskan minyak dan goreng ayam

    Bahan Sos Lada


    Sediakan bahan-bahan berikut:
    4-5 biji cili merah hidup
    1-2 biji bawang putih
    1/2 sudu kecil cuka
    2 sudu besar sos cili
    Gula dan garam secukup rasa

    Cara masak:

    1. Tumbuk atau blend cili dan bawang
    2. Tumis dalam periuk atau kual
    3. Tambahkan air ikut kepekatan sos lada yang anda mahu
    4. Tambah sos cili serta cuka

    Bahan Sos Kicap

    Yang ni paling senang sekali. Sila gunakan baki sos perapan ayam dan gaulkan dengan sup ayam. Kalau sos kicap nampak sedikit cair, boleh tambah kicap manis ikut suka.
    Sayur

    Tak sesuai rasa makan nasi ayam tanpa sayur. Boleh potong timun, tomato serta salad daun ikut suka hati.

    Hidangan


    Akhir sekali hiaskan seperti gambar di atas. Baru datang selera bila nak jamu orang makan. Kepada anda yang sibuk dan tidak sempat nak masak seperti untuk berbuka puasa. Boleh masak nasi sahaja dan beli ayam golek atau ayamas untuk di makan bersama nasi ayam istimewa ini.

    Sumber: kongsimyresepi.blogspot.com
    Last edited by myroadtax.com; 01-05-14 at 12:04 AM.

    Perbaharui Cukai Jalan Secara Online MYroadtax.com
    Promosi Produk & Servis Percuma iklanLAHpercuma.com
    Promosi Homestay Percuma iklanhomestay.com
    Jual kereta baru dan terpakai NakJualKereta.com


  2. Likes wanlin, shuffle_017 liked this post

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •