Results 1 to 8 of 8

Thread: ~Gambar Yang Menjadi Terkenal Di Seluruh Dunia~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~Gambar Yang Menjadi Terkenal Di Seluruh Dunia~

    Lazimnya, untuk sesebuah gambar untuk menjadi terkenal dalam dunia Internet, ia mestilah mempunyai maksud dan memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang melihatnya..Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar yang telah menjadi terkenal di seluruh dunia..Kalau nak tahu apa maksud dan makna yang dibawa oleh gambar tersebut, meh usha kat bawah ni..


    1. Gadis Afghanistan (1984)


    Gambar gadis Afghanistan ini telah diambil oleh seorang jurugambar National Geographic, Steve McCurry. Gadis yang bernama Sharbat Gula, merupakan salah satu daripada pelajar-pelajar di sekolah formal di dalam kem pelarian; dan McCurry yang ketika itu jarang diberi peluang untuk mengambil gambar wanita Afghanistan telah mengambil peluang dan menangkap gambar beliau. Dia berumur kira-kira 12 tahun pada masa itu. Gambar dia kemudiannya dijadikan kulit hadapan majalah National Geographic setahun selepas gambarnya diambil dan dia ditemui semula pada tahun 1992.


    2. Omayra Sánchez (1985)


    Omayra Sánchez merupakan salah seorang daripada 25,000 mangsa letusan gunung berapi Nevado del Ruiz (Colombia) yang meletus pada 14 November 1985. Budak berusia 13 tahun itu telah terperangkap di dalam air dan konkrit selama 3 hari. Gambar itu diambil tidak lama sebelum beliau meninggal dunia dan ia menimbulkan kontroversi kerana kerja-kerja jurugambar dan kegiatan kerajaan Colombia di tengah-tengah tragedi itu, apabila ia telah diterbitkan di seluruh dunia selepas kematian gadis tersebut.


    3. Potret Winston Churchill (1941)


    Gambar ini telah diambil oleh Yousuf Karsh, seorang jurugambar Kanada, apabila Winston Churchill berkunjung ke Ottawa. Potret gambar Churchill ini telah menjadikan Karsh terkenal di persada antarabangsa. Ia didakwa menjadi potret fotografi yang paling banyak dikeluarkan semula dalam sejarah. Ia juga pernah menjadi kulit muka depan majalah Life.


    4. Nasib Pelarian Perang Kosovo (1999)


    Gambar ini adalah sebahagian daripada gambar yang memenangi hadiah Pulitzer dalam majlis The Washington Post (2000) di mana ia menunjukkan bagaimana kanak-kanak pelarian Kosovo, Agim Shala, berusia 2 tahun, melepasi pagar kawat berduri ke tangan datuk dan neneknya di sebuah kem yang dikendalikan oleh United Arab Emirates di Kukes, Albania . Ahli-ahli keluarga Shala telah bersatu semula di sini selepas melarikan diri daripada konflik di Kosovo.


    5. Kanak-Kanak Merangkak Ke Kem Pelarian Demi Sesuap Makanan (1995)


    Gambar yang memenangi anugerah Pulitzer ini telah diambil pada tahun 1994 semasa kejadian "Kebuluran Sudan". Gambar yang menunjukkan kanak-kanak kurus kering yang sedang merangkak ke arah kem makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak satu kilometer dari situ. Burung hering turut berada di sisi kanak-kanak berkenaan di mana ia sedang menunggu untuk kanak-kanak tersebut mati sebelum dijadikan makanan. Gambar ini telah mengejutkan seluruh dunia. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada kanak-kanak berkenaan, termasuk jurugambar Kevin Carter yang meninggalkan tempat itu sebaik sahaja gambar itu diambil. Tiga bulan kemudian, dia membunuh diri kerana masalah kemurungan.


    6. Tempat Minum Air Yang Terasing (1950)


    Gambar tempat minum air yang terasing akibat perbezaan warna kulit ini telah diambil di North Carolina.


    7. Sami Membakar Diri (1963)


    Pada 11 Jun 1963, Thich Quang Duc, seorang sami Buddha dari Vietnam telah membakar dirinya sampai mati di persimpangan jalan yang sibuk di pusat bandar Saigon untuk membawa perhatian kepada dasar-dasar yang menindas rejim Diem Katolik yang dikawal kerajaan Vietnam Selatan pada masa itu. Sami-sami Buddha meminta rejim untuk memansuhkan larangan untuk mengibarkan bendera Buddha tradisional bagi memberikan Buddha hak yang sama seperti agama Kristian Katolik, menghentikan sebarang penahanan mereka yang beragama Buddha dan untuk memberi sami-sami Buddha dan biarawati hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama mereka. Walaupun sedang terbakar, Thich Quang Duc tidak mengerakkan walau seinci pun tubuh badan beliau.


    8. Bliss (2000)


    "Bliss" merupakan nama kepada sebuah gambar landskap di Napa County, California yang terletak di timur Sonoma Valley. Ia mengandungi bukit-bukau berwarna hijau dan langit biru dengan awan stratocumulus dan sirus. Imej ini kemudiannya digunakan sebagai 'wallpaper' komputer untuk tema "Luna" dalam Windows XP. Gambar itu telah diambil oleh jurugambar profesional, Charles O'Rear, seorang penduduk St Helena di Napa County, untuk syarikat reka bentuk digital, HighTurn. O'Rear juga telah mengambil gambar-gambar Napa Valley untuk artikel nya untuk majalah National Geographic keluaran Mei 1979. Gambar ini dikatakan telah mencecah harga setinggi US$200 juta sepanjang pengiklanan Windows XP.


    9. Kebakaran The Triangle Shirtwaist (1911)


    Gambar ini menunjukkan susunan mayat di perkarangan Syarikat Triangle Shirtwaist. Peraturan syarikat tersebut telah mengarahkan agar pintu kilang sentiasa ditutup dan dikunci agar para pekerja (wanita yangkebanyakannya pendatang) tidak boleh meninggalkan kilang tersebut atau mencuri. Apabila kebakaran berlaku, ia telah menyebabkan tragedi di mana 146 orang meninggal dunia pada hari itu.


    p/s: Setiap gambar membawa makna yang tersirat dan setiap gambar ada ceritanya yang tersendiri..



    credit : sohai blog
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.˘σм ║▌║▌║█│▌

  2. #2
    Senior Member mrlongshen's Avatar
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,084
    Post Thanks / Like
    x sangka gambar windows xp tu sampai 200 juta. Oh my god -_-

  3. #3
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2012
    Posts
    7
    Post Thanks / Like
    pergh.. setiap gambar ade keunikkan tersendiri pada sesetgh peminat.. mungkin dimata pembeli ade something yg tersirat i guess

  4. #4
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like
    afghanistan gurl tu, mata sharingan...

  5. #5
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2015
    Posts
    7
    Post Thanks / Like
    Wah kebanyakan gambar-gambarnya mempunyai latar belakang yang menyedihkan ya. Apalagi seorang biksu yang rela membakar dirinya sendiri. Sungguh miris sekali keadaan pada waktu itu
    Indocommco merupakan penyedia mesin Panasonic PABX dan Panaboard.

  6. #6
    Member dhiyafaris88's Avatar
    Join Date
    Dec 2008
    Posts
    34
    Post Thanks / Like
    makk oiih.. US$200 juta ....

  7. #7
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by mrlongshen View Post
    x sangka gambar windows xp tu sampai 200 juta. Oh my god -_-
    entah nya. tak berbaloi kot..

  8. #8
    Member myroadtax.com's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Posts
    56
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Untung jadi jurugambar National Geographic ni.

    Tetapi kena rajin berjalan merata dunia.

    Tidak sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

    Perbaharui Cukai Jalan Secara Online MYroadtax.com
    Promosi Produk & Servis Percuma iklanLAHpercuma.com
    Promosi Homestay Percuma iklanhomestay.com
    Jual kereta baru dan terpakai NakJualKereta.com


Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •