Results 1 to 4 of 4

Thread: ~Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku~

  1. #1
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9

    ~Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku~





    Kuku yang dicipta oleh Allah swt mempunyai peranan dan kepentingannya kepada manusia. Dalam Islam, kuku berperanan dalam beberapa hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun dilihat seolah-olah perkara kecil, kadang-kadang ia menjadi perkara besar. Contohnya ketika seseorang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kuku. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wuduk atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.


    Hukum dan Hikmat Memotong Kuku

    Memotong kuku termasuk dalam amalan sunat. Hal ini disebut dalam hadis iaitu daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur” (Riwayat Muslim)

    Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan akan dan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang segala kekotoran atau najis akan terlekat padanya dan nescaya ia menjejaskan kesihatan.


    Cara dan benda untuk memotong kuku.



    Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan,kemudian kaki kiri. Menurut Imam Nawawi, sunat memotong kuku bermula dari jari tangan kanan keseluruhannya dari jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri bermula dari jari kelingking hingga ibu jari. Sementara kuku kaki pula bermula dari kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking.

    Harus seseorang memotong menggunakan gunting, pisau atau benda khas seperti alat pemotong kuku supaya tidak memudaratkan kuku atau jarinya. Selesai memotong kuku segeralah membasuh tangan dengan air. Ada riwayat mengatakan bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.


    Waktu Memotong Kuku

    Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tidak tertakluk kepada panjang kuku tersebut. Kuku harus dipotong pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misaim, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”. (riwayat Muslim)

    Menurut Imam Syafie dan ulamaknya, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

    Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang bersaf, kemudian mengerjalan solat sunat, dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata apa-apa hinga selesai solat, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya” (Riwayat Ahmad).

    Daripada Abu Hurairah maksudnya “Nabi saw memotong kuku dan menggunting misaim pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk solat” (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani). Sementara itu, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.


    Menanam Potongan Kuku

    Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuklah anggota badanya. Kuku yang dipotong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda hormat kerana ia adalah anggota manusia.

    Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub

    Kitab al-Ihya’ ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.


    Memanjangkan Kuku

    Tabiat memanjangkan kuku bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw yang menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku panjang, nescaya banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wuduk, mandi wajib dan sebagainya. Selain itu, antara perkara sunat dilakukan kepada orang sakit atau nazak adalah mengelokkan diri iaitu dengan memotong kuku, misaim, mencabut bulu ketiak, cukur bulu ari-ari, bersugi, mandi, berwangian dan memakai pakaian bersih.


    halaqah.net



    Kitab al-Ihya’ ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
    Pandangan Jumhur Ulama dari kalangan Maliki, Hanafi, Hanbali dan Syafi'i tentang memotong kuku atau rambut di saat haid, nifas atau junub.

    Imam 'Atha' dalam Shahih Bukhari mengatakan
    "tidak ada larangan orang yang junub untuk berbekam, memotong kuku dan bercukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhu terlebih dahulu."
    Imam Ahmad (pendiri mazhab Hanbali) tatkala ditanya hukum orang junub sedangkan ia berbekam, mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab;
    "tidak mengapa".
    Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah juga berpandangan bahwa tidak ada dalil Syar'i yang menunjukkan makruhnya memotong rambut dan kuku bagi orang yang sedang junub.
    Syaikh Wahbah az-Zuhaili (ulama kontemporer) dalam bukunya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, menulis
    "tidaklah makruh dalam pandangan mazhab Hanbali bagi seorang yang junub, atau dalam keadaan haid atau nifas menggunting rambutnya, kukunya, dan tidak juga menyemir rambutnya sebelum mandi."
    Sayyid Sabiq dalam Fiqhus-Sunnah menyatakan: "Diperbolehkan bagi orang yang junub dan haid untuk menghilangkan/memotong rambut, memotong kuku, pergi ke pasar, dan selainnya tanpa ada sisi kemakruhan".

    Pendapat Imam Al-Ghazali, dalam kitab Ihya' yang menyatakan "sebaiknya tidak memotong kuku, mencukur rambut kepala, mencukur rambut kemaluan, atau mengeluarkan darah atau memotong anggota badan sedang dia dalam keadaan junub, karena kelak di akhirat semua anggota badan akan dikembalikan sehingga akan kembali dalam keadaan junub, dan dikatakan (oleh sebagian ulama) sesungguhnya setiap rambut akan dimintai pertanggung jawaban atas sebab junubnya",

    Adalah pendapat Al-Ghazali sendiri, bukan dari ayat Al-Qur'an dan hadits Nabi SAW. Alasannya pun tidak kuat, yang menyatakan bahwa bagian tubuh (termasuk kuku dan rambut) yang terpotong akan dikembalikan pada pemiliknya pada hari kiamat.
    Menurut jumhur ulama bahwa bagian tubuh yang dikembalikan adalah bagian-bagian tubuh lengkap yang ada pada waktu kematian pemiliknya, dan bagian-bagian tubuh tubuh yang asli (al-ajza' al-ashiliyah) yang pernah terpotong sewaktu pemiliknya masih hidup seperti kaki, tangan dan anggota tubuh lainnya yang terpotong.

    Adapun kuku atau rambut yang disunahkan untuk dipotong tidak termasuk bagian yang dikembalikan. Tidak logis jika seluruh kuku dan rambut yang pernah tumbuh pada tubuh seseorang di dunia dikembalikan pada saat bangkitnya di hari kiamat. Seberapa panjang kuku dan rambut manusia jika seluruh rambut dan kuku mereka yang pernah tumbuh dan dipotong selama hidupnya akan dikembalikan lagi kepada tubuh pemiliknya.

    Berkaitan dengan potongan kuku dan rambut yang sudah lepas dianggap belum suci, terdapat hadis shahih riwayat Bukhari Muslim yang menegaskan bahwa (tubuh) seorang mukmin itu tidak najis. Dengan tambahan riwayat dari Shahih al-Hakim:"baik dalam keadaan hidup ataupun mati".

    Dalam Al-Qur'an juga dijelaskan, walaupun manusia dibangkitkan secara jasmani pada hari kiamat, namun kondisi fisik seorang nantinya tidaklah sama dengan fisiknya di dunia. Ada yang tidak dibangkitkan dengan fisik yang tampan dan cantik, tapi juga ada yang dibangkitkan dengan fisik yang buruk dan berbeda dengan aslinya.
    (baca QS al-Waqi'ah: 35-40 dan QS Thara: 125-126).


    Mazhab Syafi'i kebanyakan tidak sepakat dengan pendapat Imam Ghazali tersebut, seperti dalam kitab I'anat Thalibin, dikatakan:
    "Tentang akan kembalinya (anggota tubuh) semisal darah, pendapat ini perlu diselidiki. Demikian pula (bagian tubuh) yang lainnya. Karena bagian tubuh yang kembali dibangkitkan bersama dengan pemilik bagian tubuh itu adalah bagian-bagian tubuh yang pemilik tubuh itu mati bersamanya (ada pada saat kematian orang tersebut)."

    Dalam kitab Niyatul Muhtaj Syarh al-Minhaj disebutkan:"makna 'dikembalikan di akhirat (dari anggota tubuh) bukanlah bagian anggota tubuh yang diperintahkan untuk dipotong, tetapi adalah bagian-bagian tubuh yang asli (seperti tangan, kaki, mata dll).
    Demikian juga dalam kitab-kitab fiqh yang muktamad, seperti al_Fiqh 'Ala al-Madzahid al-Arba'ah (Fiqih Empat Madzab) dikemukakan bahwa yang haram bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk menstruasi) untuk dia kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wudhu.
    Tak satu pun yang menyebutkan tidak boleh memotong kuku dan rambut.

    Wallahu 'Alam Bishshawab.

    credit : [ 1 ][ 2 ]
    Last edited by lolly lilly; 17-02-14 at 03:57 PM.
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  2. Thanks Nett8, sH@m thanked for this post
    Likes xenomax, budin8211 liked this post
  3. #2
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like
    Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub

    Kitan al-Ihya’ ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
    perkara ni khilaf... UAI pun ada menjawap persoalan ni...


  4. #3
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    Quote Originally Posted by Nett8 View Post
    perkara ni khilaf... UAI pun ada menjawap persoalan ni...
    maafkan enti sbb khilaf.. syukran, nnti enti cek sumber utk di edit lg ye~
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  5. #4
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by lolly lilly View Post
    maafkan enti sbb khilaf.. syukran, nnti enti cek sumber utk di edit lg ye~
    ok bereh... perkara ni titew pernah la tanya classmate... tgk kuku panjang tak potong... iyeekkk

    kata la kat dia (she), "wei, ko boleh simpan kuku panjang cengitu..." & she jawap, "tak boleh potong lagi..."

    jawapan sampai situ, titew dah catch up... pastu malas nak merungkai persoalan khilaf ini...

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •