Results 1 to 2 of 2

Thread: Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir

  1. #1
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like

    Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir

    Tujuh puluh tiga pintu
    Tujuh puluh tiga jalan
    Yang sampai hanya satu jalan

    Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

    Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

    Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?


    Beribu-ribu Margasatua
    Mencari raja si Muraq
    Yang sampai hanya tiga puluh

    Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut, boleh KLIK SINI!.

    Ooh... Sang Algojo
    Ooh... nanti dulu

    Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


    Lihat dunia dari mata burung
    Atau lihat dari dalam tempurung
    Yang mana satu engkau pilih

    Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with anopen minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.


    Dalam kalut ada peraturan
    Peraturan mencipta kekalutan
    Di mana pula kau berdiri
    Di sini


    "Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

    Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


    Ooh... Sang Algojo
    Ooh... nanti dulu
    Berikan ku kesempatan akhir ini
    Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
    Berikan aku kesempatan akhir ini
    Lai lai la lai la lai

    Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?


    Tanya sama itu hud-hud

    Lang mensilang

    Kui mengsikui
    Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

    Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini. Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.



    Musykil lagi?




    Tanya sama itu Hud-hud!




    Sumber : DARI SINI

  2. Thanks Aqem96 thanked for this post
    Likes wanlin, Aqem96, atoq liked this post
  3. #2
    Super Administrator
    atoq's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Posts
    2,800
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    thanks atas post ini.
    memang banyak (hampir semua) karya m nasir, bukan sekadar untuk telinga sahaja, tetapi juga untuk jiwa.
    tahun 92 kalau tak silap lagu ini dipasarkan. 20 tahun kemudian, kita dapat la 'pengajaran' dari 'kalau aku kaya'
    sekian terima kasih
    You'll Never Walk Alone

    "If you can't support us when we lose or draw, don't support us when we win." -Bill Shankly-

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •